aku fikir aku adalah perempuan yang tiada kasih sayang santunannya...
tidak pandai menunjukkan kasih sayang..... atau tak cukup... buat adik-adikku.... buat anak-anakku.
lembut... tapi tidak penuh dengan kasih sayang.
ada orang keras tapi terserlah besar jiwanya dengan kasih sayang.
aku fikir apa sebab ada sesetengah orang sangat disayangi mad'u- mad'u nya... ? ya sebab hubungan dengan Allah, mereka sangat kuat. sangat pelihara... sehingga Allah menyayangi mereka dan Allah khabarkan penduduk bumi untuk turut menyintai mereka. Allah hadiahkan perasaan cinta dalam hati-hati mereka untuk saling menyayangi
tetapi ....mereka juga sangat menyintai manusia itu ...sehingga mereka layak untuk dicintai.
moga Allah ajarkan aku bagaimana harus mencintai........ mencintai dakwahku.... mad'u-mad'u ku.... adik-adikku.. akahawat-akhawatku..... kerana aku sungguh kaku untuk itu.
maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran ataukah hati mereka sudah terkunci [47:24]
Thursday, January 30, 2014
Thursday, January 23, 2014
thumuhat bukan ikut saiz
"tce saya memang tunggu-tunggu peluang macam ni. sebabnya sekarang ni saya dah tak pikir dah pasal study. saya nak faham agama. sepanjang cuti hari tu, saya asyik tengok ceramah Ustaz khairi je tce. saya semangat nak buat dakwah"
comelnye... secomel orangnya. Disaat orang lain meletakkan resolutions kedunian, anak ini tanpa segan silu, bangkit mengatakan keinginannya untuk memahami agama dan berdakwah walaupun dengan kefahaman yang sedikit.

Wednesday, January 22, 2014
dua sosok ummi ku
mengenali dua sosok ummul mukminin ini sering kali buat aku jatuh hati dengan segala kelebihan mereka.
perasaannya seperti, setiap perwatakan dua wanita agung ini cukup terkesan di hati dan perbuatan ku. seringkali kisah mereka menjadi inspirasiku.
Ya Allah aku ingin dicintai seperi mana Saidatina Khadijah dicintai.... dan aku ingin dicintai pula seperti Saidatina Aisyah di cintai...
Khadijah hadir di saat-saat genting dalam hidup Rasulullah s.a.w. Di saat-saat yang berat, ketika dakwah di tindas, ketika risalah ditentang keras. Khadijah hadir dengan jiwa dan hartanya untuk membenarkan, membela, dan menjaga baginda. cinta khadijah menguatkan ketika lelah dan lemah... ketika takut dan sedih... ketika cemas dan tertekan. Khadijah dengan pengorbanan, perhatian dan kasih sayangnya telah membuahkan ketenteraman buat Rasulullah sehingga Khadijah menjadi satu kenangan terindah yang tak terganti dalam kehidupan Rasulullah. Sehingga apa sahaja yang mengingatkan Rasulullah kepada Khadijah pasti akan menyebabkan Rasulullah hiba dan sedih dengan pemergian wanita agung ini sehingga layaklah dia digelar Khadijah Al-Kubro.
Aisyah pula hadir membawa keceriaan dan kegembiraan di saat Rasulullah mengalami fasa dakwah yang baru. Baginda mula memikul tugas-tugas berat mengendalikan negara dakwah. Kalau bab cemburu, bagi saja pada Aisyah. Ummul mukminin yang kemanjaannya, kecemburuannya, kelincahan dan kecerdasannya mewarnai fasa berat dan serius dalam kehidupan Rasulullah.
dalam banyak-banyak isteri Rasulullah, Aisyahlah yang paling banyak menceritakan kisah cintanya dengan Rasulullah. hmmm... bila baca kisah-kisah dari Aisyah ini... subhanallah best nya mengetahui "love story" Rasullah dan Aisyah.
"Aisyah bercerita bagaimana mereka minum dari cawan yang sama lalu Rasulullah meletakkan bibirnya tepat di bekas bibir Aisyah. Aisyah berkisah tentang gigitan di sepotong daging yang semakin mendekatkan wajah mereka. Aisyah berkisar bagaimana mereka mandi bersama, saling berebut air dari satu bejana. Aisyah berkisah tentang satu malam di saat haid, Rasulullah baring di paha Aisyah lalu Aisyah mehangatkan Rasulullah agar Rasulullah bisa istirehat. Aisyah berkisar tentang bagaimana mereka menonton orang-orang Habsyah bermain lembing, sambil saling menempelkan pipinya dengan pipi Rasulullah dan bersandar bahu..... Aisyah berkisar bagaimana mereka saling bercerita untuk menghidupkan cinta....."
"Aisyah menceritakan pengalamannya apabila Rasulluah keluar, dia pernah mengikuti Rasulullah kerana cemburu. Nafasnya mengah kerana takut disedari mengekori Rasulullah. Ternyata Rasulullah hanya ke perkuburan Baqi'.oleh itu Aisyah pulang ke rumah dengan nafas yang sesak dan terus masuk ke dalam bilik. tidak lama kemudian, Rasulullah menemui Aisyah dan bertanya " Mengapa nafasmu begitu?"
"Demi Allah, awak datang ke rumah lalu membuka baju. Namun sebelum awak meletakkan baju, awak memakainya kembali. ini membuatkan saya begitu cemburu. Saya fikir awak ke rumah madu saya yang lain"
mode: jalan Cinta para pejuang & Bahagia merayakan cinta...
... haish.... bermimpi seperti Khadijah dan Aisyah dalam hidup Rasulullah.

Wednesday, January 15, 2014
aku mahu kuat
andai air mata bisa menjadikan aku hamba...
Ya Allah betapa akan aku biarkan ia sentiasa mengalir untuk Mu
Andai air mata ini membuatkan aku tunduk lemah di hadapanMu...
izinkan aku titiskan ia untukMu
Namun seringkali air mata itu buat aku kecewa....
buat aku menghindar dari takdirMu
Maka setiap kali itu aku gagahi untuk membatasinya
setiap kali itu aku ajarkan ia agar sentiasa kontang
lalu
setiap kali itu aku ajarkan hati ini agar ia sentiasa keras...
kerna hanya dengan itu aku bisa kuat
Yang aku impikan
yang aku impikan bukannya seorang suami
yang masa-masanya dihabiskan untuk menggembirakanku
yang aku impikan bukannnya seorang suami
yang wang ringgitnya dihabiskan untuk membahagiakanku
yang aku impikan bukannya seorang suami
yang punya harta dan rupa untuk menarik hatiku
yang aku impikan adalah seorang suami
yang masa-masanya diinfakkan untuk dakwah Ilahi
yang aku impikan adalah seorang suami
yang mengajarku erti pengorbanan dan zuhud terhadap dunia
yang aku imipikan adalah seorang suami
yang tegas memimpinku ke jalan hakiki
yang aku imipikan adalah seorang suami
yang tidak pernah menghalangku mencari redha Ilahi
yang aku impikan adalah seorang suami
yang dalam kesibukkannya tidak pernah melupakan amanah Ilahi
yang aku impikan adalah seorang suami
yang matlamatnya menjadi syahid di jalan Ilahi
yang aku impikan adalah seorang suami
...
sepertinya

ruh Al-Quran
Al-Quran tidak menyingkap rahsia-rahsianya kecuali untuk orang yang terjun dalam pertempuran serta berjihad dengan jihad yang besar dengannya. Hanya orang-orang itulah satu-satunya kelompok yang hidup dalam suasana seperti suasana turunnya Al-Quran. Kerana itulah mereka bisa merasakannya dan memahaminya sebab mereka mendapati diri mereka menjadi teman Al-Quran, berdialog secara langsung seperti generasi pertama orang Islam, mereka merasakannya... mengetahuinya dan bergerak dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)