Thursday, February 27, 2014

saya mula membelek-belek helaian terjemahan A-Quran memikirkan ayat yang mana satu ingin saya jadikan pilihan untuk dikongsikan apabila tiba giliran saya nanti.

dan di saat itu saya mula sedar.... saya hanya cuba mencari ayat-ayat yang akan membuatkan saya nampak hebat apabila mentadabburinya...yang akan menampakkan "saya kuat bekerja" ... "saya faham benar dengan dakwah"....

sedangkan saya sendiri tidak tahu bila kali terakhir saya mentadabbur ayat-ayat Allah ini....

adakah hati ini mula mengeras....


Monday, February 24, 2014

kedudukan

kedudukan seseorang dalam hati seseorang menggambarkan kepentingan orang berkenaan di dalam kehidupannya.

Apabila dia didahulukan dalam setiap perkara, bermaksud orang tersebut adalah insan yang paling penting dalam kehidupannya.

bagaimana pula sekiranya dia seringkali dikorbankan? apabila ada dua kepentingan yang berlaku pada waktu yang sama, pasti yang kurang penting akan ditolak  kebelakang.

peritnya perasaan. Apatah lagi andai kata dia adalah insan yang kita cintai, kita rindui... kita tertunggu-tunggu setiap saat...


apakah yang sedang Allah ajarkan pada kita?.

begitulah Allah pada kita... Tuhan yang sentiasa merindui, mecintai dan menunggu-nunggu kita setiap waktu agar kita kembali pada Nya. agar kita meletakkan Dia dikedudukan paling atas dalam setiap hal-hal kehidupan kita... barulah itu membuktikan betapa pentingnya Tuhan dalam hati kita.

dan bila mana  ada pertembungan dua kepentingan, pasti Allah jauh lebih penting dari semua makhluk yang ada, dari semua hal-hal dan keadaan.

mungkin itulah apa yang ingin Allah ajarkan pada kita.... agar kite tidak mencintai dan mendahulukan sesiapa pun melebihi Dia.

layakkah kita mendahulukan yang selain daripada Dia? sedangkan Dia lah Tuhan yang sentiasa bersama kita di saat kita sepi, disaat kita sedih, disaat kita butuh bahu-bahu untuk bersandar, disaat kita perlukan mata-mata untuk melihat wajah kita, di saat kita perlukan telinga untuk mendengar kisah-kisah kita....
Allah sentiasa ada untuk kita...... seiap waktu... setiap saat....


Moga Allah sentiasa ajarkan apa yang tidak kita ketahui dari kebodohan kita sendiri.




Saturday, February 8, 2014

jiwa yang mana kita.



" Sifat jiwa manusia pula berbeza-beza ketika ditimpa kesempitan yang mencengkam Aada jiwa yang rapuh, yang segera mencair dan dibawa arus bersama, sepertimana air membawa buih dan lumpur. ada pula jiwa yang kental yand dilanda ribut taufan ganas, lalu kekuatan ribut itu patah dan ia bertukar menjadi buih yang ringan."

Thursday, February 6, 2014

pilihan Allah

perjalanan dakwah ini telah mengajarku bahawa Allah lah yang memilih dikalangan hamba-hambaNya untuk menegakkan ad-deenNya.

kadang-kadang menurut persangkaan kita si A mampu pergi jauh dalam dakwah dan tarbiyyah. Namun ternyata Allah memilih si B terlebih dahulu untuk pergi lebih laju dari si A atas kualiti-kualiti pada B yang tidak habis kita selongkari.

ya kita berusaha membina dan memilih namun kadang-kadang kita lupa Allah lah yang lebih mengetahui.
Maka Allah Kau lah yang lebih mengetahui siapa yang Engkau kehendaki... maka Allah ajarkan lah kami"