"moga anda semua berjaya....selamat berjuang untuk diri sendiri".. kata-kata yang keluar dari bibir mak cik yang memakai baju uniform merah di depanku benar-benar menyentuh hatiku. aku anggap itu kata-kata yang Allah gerakkan dari mulutnya buat diriku... aku fikir begitu.
hati aku makin berdebar-debar....ya Allah..tenangkan hatiku. satu demi satu calon meninggalkan kerusi ini. yang lain termasuk aku masih menunggu giliran untuk dipanggil. test ini adlaah test paling sukar dalam hidupku... lebih sukar dari SPM..IB..mahupun soalan-soalan chemistry di auckland dulu.
keadaan sebegini menyebabkan aku gemar benar memainkan bait-bait kata oleh Pak Cik Awang, pak cik pemandu teksi yang selalu... dan sentiasa sudi menghantarku untuk ke usrah mahupun daurah.
"masalah awok adalah selagi awok..takdok lesen.....selagi tu lah awok macam nie".
itu kata-kata yang benar-benar memecahkan hatiku....ya itu juga ku anggap kata-kata yang Allah takdirkan keluar dari mulutnya untuk menyedarkan aku agaknya.
teringat ukhti-ukhti yang snetiasa membantu bahkan sentiasa mendoakan. teringat wajah kak sayme yang sanggup menghabiskan waktu petang di bangi untuk mengajarku.... teringat kata-kata wawa (walaupun kdg2 berbunyi agak "menyakitkan hati"... namun aku tahu itulah kata-kata atas dasar ambil berat dan kasihnya dia kepada aku. aku hargai itu...........
sudah beberapa kali aku tukar sekolah memandu..... aku sedar selain dari penyelewengan dan tidak amanahnya sesetengah pihak, Allah ingin mentarbiyyahku... membersihkan aku dari kesalahan-kesalahan dan kelemahan-kelemahan diri yang aku sendiri mengetahuinya.
bagi sesetengah ini mungkin perkara biasa.... namun Allah sahaja tahu tarbiyyah apa yang Dia hadiahkan aku dengan ujian ini. ada masa aku menangis..... kecewa.....berputus asa untuk terus berharap..... ada kala aku merajuk.....
ya Allah............... terima kasih atas tarbiyyah ini.tanpa tarbiyyah ini sampai bila-bila pun aku takkan belajar agaknya "membetulkan" diri yang serba lemah ini.
rabbi yassir wala tu 'assir... dan doa itu tak pernah berhenti dalam alunan bibir dan detik hatiku.
dah sehingga waktu-waktu yang terakhir aku sedar... Allah, Kau lah yang telah mempermudahkan segalanya untukku.
aku mahu mengejar sisa-sisa habuan dakwah yang masih tertinggal buatku...setelah yang lain aku bazirkan.