mengenali dua sosok ummul mukminin ini sering kali buat aku jatuh hati dengan segala kelebihan mereka.
perasaannya seperti, setiap perwatakan dua wanita agung ini cukup terkesan di hati dan perbuatan ku. seringkali kisah mereka menjadi inspirasiku.
Ya Allah aku ingin dicintai seperi mana Saidatina Khadijah dicintai.... dan aku ingin dicintai pula seperti Saidatina Aisyah di cintai...
Khadijah hadir di saat-saat genting dalam hidup Rasulullah s.a.w. Di saat-saat yang berat, ketika dakwah di tindas, ketika risalah ditentang keras. Khadijah hadir dengan jiwa dan hartanya untuk membenarkan, membela, dan menjaga baginda. cinta khadijah menguatkan ketika lelah dan lemah... ketika takut dan sedih... ketika cemas dan tertekan. Khadijah dengan pengorbanan, perhatian dan kasih sayangnya telah membuahkan ketenteraman buat Rasulullah sehingga Khadijah menjadi satu kenangan terindah yang tak terganti dalam kehidupan Rasulullah. Sehingga apa sahaja yang mengingatkan Rasulullah kepada Khadijah pasti akan menyebabkan Rasulullah hiba dan sedih dengan pemergian wanita agung ini sehingga layaklah dia digelar Khadijah Al-Kubro.
Aisyah pula hadir membawa keceriaan dan kegembiraan di saat Rasulullah mengalami fasa dakwah yang baru. Baginda mula memikul tugas-tugas berat mengendalikan negara dakwah. Kalau bab cemburu, bagi saja pada Aisyah. Ummul mukminin yang kemanjaannya, kecemburuannya, kelincahan dan kecerdasannya mewarnai fasa berat dan serius dalam kehidupan Rasulullah.
dalam banyak-banyak isteri Rasulullah, Aisyahlah yang paling banyak menceritakan kisah cintanya dengan Rasulullah. hmmm... bila baca kisah-kisah dari Aisyah ini... subhanallah best nya mengetahui "love story" Rasullah dan Aisyah.
"Aisyah bercerita bagaimana mereka minum dari cawan yang sama lalu Rasulullah meletakkan bibirnya tepat di bekas bibir Aisyah. Aisyah berkisah tentang gigitan di sepotong daging yang semakin mendekatkan wajah mereka. Aisyah berkisar bagaimana mereka mandi bersama, saling berebut air dari satu bejana. Aisyah berkisah tentang satu malam di saat haid, Rasulullah baring di paha Aisyah lalu Aisyah mehangatkan Rasulullah agar Rasulullah bisa istirehat. Aisyah berkisar tentang bagaimana mereka menonton orang-orang Habsyah bermain lembing, sambil saling menempelkan pipinya dengan pipi Rasulullah dan bersandar bahu..... Aisyah berkisar bagaimana mereka saling bercerita untuk menghidupkan cinta....."
"Aisyah menceritakan pengalamannya apabila Rasulluah keluar, dia pernah mengikuti Rasulullah kerana cemburu. Nafasnya mengah kerana takut disedari mengekori Rasulullah. Ternyata Rasulullah hanya ke perkuburan Baqi'.oleh itu Aisyah pulang ke rumah dengan nafas yang sesak dan terus masuk ke dalam bilik. tidak lama kemudian, Rasulullah menemui Aisyah dan bertanya " Mengapa nafasmu begitu?"
"Demi Allah, awak datang ke rumah lalu membuka baju. Namun sebelum awak meletakkan baju, awak memakainya kembali. ini membuatkan saya begitu cemburu. Saya fikir awak ke rumah madu saya yang lain"
mode: jalan Cinta para pejuang & Bahagia merayakan cinta...
... haish.... bermimpi seperti Khadijah dan Aisyah dalam hidup Rasulullah.
No comments:
Post a Comment