Sunday, October 31, 2010

jangan tertinggal keretapi....

sesi bersama mereka malam tadi memang sangat memberi kesan yang mendalam.. walaupun hanya sekadar perkongsian selama hampir sejam.

memang itulah yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang seperti kita yang masih muda, yang masih kurang pengalamannya mahupun pengetahuannya.. peluang untuk bertemu perintis-perintis yang lebih awal meletakkan batu-batu asas dalm D&T. belajar dan mengambil ibrah serta meningkatkan mutu tarbiyyah diri...

pak cik dan mak cik sharing dari kalian sangat bermakna buat diri yang masih "kecil" ini... mereka orang-orang yang sangat hebat namun penuh dengan kerendahan hati.

mampukah bertahan seperti mereka dalam D&T ini?

sangat takut andai "tertinggal" dalam perjalanan ini....


baik jiwa mahupun hartamu


saya sangat tersentuh bila melihat gambar anak-anak ini.... tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini agak kuat emosinya.

saya segan melihat anak-anak ini.....sangat segan! termalu sendiri dengan tadhiyah diri. mungkin bagi anda tiada apa-apa hanya gambar biasa namun cuba lihat "betul-betul" menerusi mata hati kita...


anda akan tahu apa yang saya maksudkan...

Friday, October 29, 2010

cemburu?

adakah salah untuk berasa cemburu..?.
..................................


_ _
___


teringat kisah Aisyah r.a.
mahu jadi seperti Khadijah yang sentiasa dicemburui

muhasabah diri

daie itu sepatutnya malu andai qiyamnya tak terjaga...
daie itu harus malu andai apa yang dikata tak pernah diusahakan lakukannya
daie itu harus malu andai amalnya kurang dari mad'u-mad'unya
daie itu harus malu andai qudwahnya tak menarik mad'u-mad'unya
daie itu harus malu andai Islam dalam dirinya sendiri tak terbela

Hassan al-Hudaibi:
"Tegakkan Islam dalam diri mu nescaya tertegaknya Islam di tanah airmu"

Sungguh malu mengatakan kitalah pejuang Islam sedang dalam pada masa yang sama kita lah orang yang tidak mempraktikkan Islam itu!

malunya dengan diri sendiri
astaghfirullah al-adzim

"Ya Allah perbaikilah amalan kami dan berikanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakanya


seorang sahabt pernah bertanya.."hish..kenapa kita asyik terlepas qiyam ni!! bencinya. ok kita kene figure out...buat muhasabah. apa yang tak kene eik?Rasanya tidur awal dah...sebelum zohor pun dah tido untuk mudahkan bangun malam..hmmm..tapi tak terjaga-jaga jugak.

lalu sahabat yang lain bersuara "..salah satu cara untuk mudah bangun qiyam adalah menghindari diri dari berbuat dosa di siang hari..."

sahabat yang tadi bersuara kembali "huh?...Ya Allah astaghfirullah al-adzim. takutnya andai ada dosa yang kita lakukan tapi tak sedar itu adalah dosa.."


kadang-kadang kita tak sedar bahawa apa yang dibuat itu adalah dosa...cantikkan nafsu dan syaitan menghiasi perbuatan itu hingga membuatkan kita rasa ia bukan dosa. teringat kata-kata seorang doktor.."sesuatu yang bukan maksiat bg orang lain mungkin adalah maksiat bagi seorang daie"

Thursday, October 28, 2010

cinta adalah cinta-Nya




wajah mereka ku perhatikan satu persatu....dalam hati ini ku berbisik Ya Allah terima kasih atas anugerah yang terindah ini. Rasa sayang untuk melepaskan..... namun mengerti bahawa mereka bukanlah milik diri ini...mereka adalah milik-Mu...dan hanya Engkau sahaja Yang Maha Tahu apa yang terbaik buat mereka.


hampir setahun....pahit manis tarbiyyah ini banyak mengajarku erti kedewasaan..kematangan... kasih sayang...terlalu banyak untuk disenaraikan..

benarlah bahawa tarbiyyah yang terbaik itu adalah mentarbiyyah... kalau bukan kerana mentarbiyyah mungkin keseriusan tarbiyyahku tak seperti ini... mungkin akan ada lagi sikap-sikap malas kerna tahu hanya untuk diri sendiri. Namun bila mentarbiyyah ini kita akan terpukul... termalu sendiri andai tarbiyyah diri itu "lemau"...ruhi itu "lopong"... ukhuwah itu pudar...


manisnya perasaan ditarbiyyah Allah sebegini.....


mentarbiyyah kerana tanggung jawab atau kasih sayang..... kini aku mula sedar apa perbezaannya....

mentarbiyyah untuk disukai atau dibenci..... kini aku mula mengerti apa yang menyalahi

mentarbiyyah kerana Ilahi atau kepada kepentingan diri..... kini aku mula menginsafi niat diri....



Wednesday, October 27, 2010

pilihan

saya masih ingat lagi kata-kata seorang warden lelaki masa saya bersekolah di Muar. Kata-kata cikgu itu masih terngiang-ngiang..malah keadaan percakapan itu pun saya masih ingat. Di lab biologi waktu hujung-hujung tahun mungkin masa tu tengah buat revision untuk SPM.
Warden itu sangat ditakuti dan sangat dimenyampahi oleh budak-budak asrama tambah-tambah students lelaki.
cikgu itu mengajar subjek biologi.namanya cikgu ok!..sebab di dalam percakapannya... kemarahannya dan apa sahaja yang keluar dari mulutnya pasti ada perkataan ok.. contohnya.. "saya tak mahu awak buat ni..ok!".."ok..saya nak sebab orang...".. hehe. adalah namanya tapi tak perlu disebutkan di sini. Siapa bersekolah di sekolah saya kat Muar pasti kenal.

kata-kata cikgu itu adalah..."dalam kehidupan dan masa depan awak nanti awak akan sentiasa berdepan dengan pilihan...Jangan takut untuk mengambil risiko terhadap pilihan awak tu"

saya tak ingatlah exactly tapi begitulah lebih kurangnya. Yang paling bestnya cikgu ini paling suka kelas kami.. sebab budak2 kelas kami tak gerun dgn cikgu ni dan selalu jugak melawan persoalannya (melawan dgn adab yg boleh diterima)..kiranya setiap soalan cikgu itu akan sentiasa dijawab berbanding budak2 kelas lain yg selalunya akan senyap je..sebab takut mungkin hehe...

dan saya rasa kata-kata cikgu itu sedikit sebanyak telah memainkan peranan yang besar dalam diri saya sehingga kadang-kadang saya redah sahaja semua perkara tanpa memikirkan risikonya sekiranya ia untuk kebaikan diri..terutama untuk kepentingan tarbiyyah diri.

saya rasa ada baiknya sikap ini sebab saya selalunya tak consider orang lain bila buat keputusan sekiranya ia berkaitan dgn tarbiyyah diri namun disebabkan sikap saya ini kadang-kadang banyak juga yang saya sesali......hmmm.. tak boleh nak menyesal. Namun apa yang selalu saya harapkan.. moga setiap keputusan atau pilihan yang saya buat or bakal buat dlm hidup ini sentiasa Allah pandu.

Tuesday, October 26, 2010

masa itu satu juzuk dari rawatan


"hmm... entahlah saya tak tahu apa yang harus saya lakukan lagi....kenapa semuanya seperti tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Kadang-kadang saya keliru adakah mereka faham apa yang saya katakan ataupun tidak" luah seorang sahabat...dalam nada keluhannya.

"atau sememangnya saya in tak cukup bagus untuk mentarbiyyah mereka"..sambungnya lagi


"sabarlah....bukan kita yang berhak memberi kefahaman itu tapi Allah. Dia akan beri kebaikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. mungkin awak terlalu tergesa-gesa.." balas minah

"tergesa-gesa? apa maksud awak?" seakan-akan tidak berpuas hati dengan pendapat minah

"yela...tergesa-gesa untuk melihat hasil!"

"tapi...takkanlah kita tak mahu melihat hasil dengan apa yg kita usahakan? Kalau begitu apa ertinya tarbiyyah. Sedangkan tarbiyyah itu adalah didikan yang membawa kepada perubahan. Mungkin juga atas kekurangan saya...saya tak mampu mendidik mereka agaknya...mungkin selama ini saya hanya mengajar hingga apa yang saya katakan tidak mampu mengubah diri mereka".

"hmm... berapa awak ambil masa untuk menjadi seperti hari ni.. maksud saya berapa lama sejak awak pendapat pencerahan?" tanya minah

"hah? kenapa pulak awak persoalkan tentang itu...saya tengah bercakap tentang mereka tapi awak bertanya tentang diri saya pulakk?"

"yela..jawablah dulu...nanti awak akan faham apa yang ingin saya sampaikan ini" balas minah lagi

"hmm... lebih kurang 2 tahun. tahun pertama...baru dapat kefahaman tentang Islam..tahun kedua barulah saya benar-benar faham tentang tanggungjawab sebenarnya dan mula bergerak"

"haaaaaa.....kan? kan? untuk diri kita pun kita perlukan masa untuk perubahan. sahabatku, perubahan itu butuhkan process. Ia perlu hadir dari dalam diri mereka sendiri...seperti kita dulu, gelojak perasaan untuk berubah itu menghentam-hentam dinding jahiliyah diri sehingga akhirnya dinding itu pecah dan kita pun sanggup mengambil keputusan untuk berubah."

tapi memanglah bagi kita yang sudah mengerti ini..perubahan itu adalah kewajipan..kena perlu dilakukan segera tak boleh tangguh-tangguh. Namun bagi bagi mereka yang "tak berapa" faham lagi...mereka perlukan masa untuk "digest" seperti mana akak-akak kita berikan masa kepada kita dulu. Masakan satu juzuk dari rawatan...kita inikan sedang merawat mereka dari penyakit "jahiliyyah"...jahiliyyah itukan sangat susah untuk ditanggalkan". terang minah lagi


"sabarlah..sesungguhnya Allah lah yang memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. ha..ingat lagi tak kisah Khabab yang dipanggang atas bara seperti kebab tu..(ala-ala). Suatu hari Khabab mengadu dengan Rasulullah akan keperitan yang dialaminya. Sangat dasyat kot siksaan yang diterimanya sehinggakan air yg keluar dari tubuhnya mampu memadamkan bara-bara tersebut. Macam kita masak daging dalam kuali, kan ada air daging keluar. Kemudian Rasulullah membalas seperti agak marah dengan aduan Khabab. Rasulullah kata"wahai Khabab kamu ini tidak sabar!...orang-orang yg terdahulu dari kamu diuji dengan ujian yg lebih dasyat lagi...mereka disikat dengan sikat besi...tak ingatlah hadith tu exactlynya mcm mne tapi mcm tu lah lebih kurang"

"Sabar ya...moga Allah hadirkan kesabaran kepada awak... dan moga Allah balas setiap kesabaran awak...hmm..pasti Allah balas sebab Allah dah janji... kan kemenangan itu adalah kesabaran sesaat"








Ibrahim a.s daie yang bijak

Apabila mendengarkan kisah ini...hati saya sangat tertarik dengan kisah Ibrahim. kalau dulu kisah best ini hanya dibaca sendiri melalui Qur'an dan dari pdf Fiqh Dakwah dalam Al-Qur'an, namun kali ini agak berbeza sebab Dr. Yiu Qiu Wai sendiri yang menceritakan...hmm lagi best!

Apa yang best sangat?.. saya sangat tertarik dengan cara dakwah yang Allah ajarkan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Iaitu cara "menguji dan membuatkan mad'u-mad'u berfikir"...

52. ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini Yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"

terang lagi bersuluh...sedangkan Nabi Ibrahim itu sedar sahaja bahawa ayahnyaAzar, pembuat patung-patung berhala dan kaumnya menyembah berhala yang tak bernyawa itu dan Ibrahim yang telah diberi hidayah oleh Allah masakan tidak mengetahui tentang kebatilan..kesyirikkan yang diperlakukan oleh mereka. Namun cara Ibrahim menerangkan tentang sesuatu itu berlainan..iaitu dengan membuatkan mereka berfikir tentang apa yang mereka sembah... memberi peluang kepada mad'u-mad'u nya itu men"justify" perbuatan mereka bukan terus "menyerang" mereka....

53. mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek Kami selalu menyembahnya".

54. ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah Dalam kesesatan Yang nyata".

55. mereka bertanya: "Adakah Engkau membawa kepada Kami sesuatu Yang benar (sebagai seorang Rasul), atau Engkau dari orang-orang Yang bermain-main sahaja?"

56. ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan Yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah Yang menciptanya; dan Aku adalah dari orang-orang Yang boleh memberi keterangan mengesahkan Yang demikian itu.

57. "Dan Demi Allah, Aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".

58. lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka Yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadaNya.

Nabi Ibrahim telah menghancurkan berhala-hala tersebut menjadi serpihan-serpihan kecuali berhala yang besar moga kaumnya itu kembali berfikir tentang apa yang mereka sembah. Kalau benar berhala-berhala itu mempunyai kekuasaan terhadap mereka.

59. (setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah Yang melakukan perbuatan Yang demikian terhadap tuhan-tuhan Kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang zalim".

60. (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".

61. (Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah Dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).

62. (setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah Yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"

63. ia menjawab: "(Tidak) bahkan Yang melakukannya ialah (berhala) Yang besar di antara mereka ini! maka Bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".

kemudian Nabi Ibrahim menasabkan perbuatan itu kepada berhala yang besar dengan meletakkan kapak di leher berhala tersebut agar kaumnya berfikir tentang kelemahan sembahan mereka itu.

64. maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang Yang zalim".

65. kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya Engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui Bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa Engkau menyuruh Kami bertanya kepadanya)?"

66. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, Patutkah kamu menyembah Yang lain dari Allah sesuatu Yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?

67. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa Yang kamu sembah selain Allah! maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"

dari sudut lain daie itu perlulah mempelbagaikan qaedah dakwahnya bukan hanya tertumpu kepada satu cara sahaja...Dalam al-Qur'an sendiri Allah menerangkan bagaimana setiap nabi-nabi yang diutuskan melaksanakan dakwah dengan cara yang berbeza-beza... .

So daie kena lebih flexible dan kreatif dalam sampaikan dakwah

saya sangat mengagumi Nabi Ibrahim...wah!

saya perasan ayat saya semakin tak tersusun!

Monday, October 25, 2010

orang yg hati...

saya akui bahawa saya ini orangnya agak "hati"...sentimental, layan blues dan emosi... namun yang peliknya saya kurang berminat baca buku-buku yang bersifat hati seperti "Bagaimana menyentuh hati" "hati sebening mata air" dll.... entahlah tapi sebolehnya saya akan elakkan untuk membaca selagi boleh....huhu.. saya lebih suka baca buku-buku fikrah dan haraki...

ada seorang akhowat pernah berkata kepada saya...
"kelemahan saya adalah saya ini kurang sensitive terhadap perasaan orang lain..sampai kadang-kadang saya tak dapat detect or tak tahu detect mood mad'u-mad'u saya"

dan pada satu hari, akhowat ini pernah berkata.."Jazakillahu khair kerana beritahu saya pasal dia... saya tak tahu pulak dia dalam keadaan sedih"

Saya sungguh menginsafi pengajaran ini kerana sahabat saya ini....mahu belajar ttg "hati" mad'u-mad'unya... namun yang peliknya..perkara itu terbalik buat diri saya.

kadang-kadang saya faham or tahu ttg perasaan seseorang itu...saya boleh baca dari riak wajah dan tingkah lakunya (hmm rsenya semua org pun boleh kan?) tapi saya selalu ada perasaan "malas nak layan"
dan selalunya saya akan diam..bila melihat keadaan itu pada sesetengah orang. Kadang-kadang bila orang mengadu...saya akan beri no response kpd rengekkannya

mungkin orang akan rasa saya kejam dengan tingkah laku itu.... namun ketahuilah saya rasa bahawa cara saya ini mungkin boleh menolong dirinya...

sebab andai kata kita terlalu melayan sesuatu perasaan kita akan lemah dengannya... dan saya pernah lemah dengan perasaan sendiri....dan hidup dalam "moody" diwarnai mendung yang tak henti-henti..merasai kehidupan yang menyendiri..merasai bahawa tiada yang pernah mahu selami...


kadang-kadang orang mengerti tapi shj untuk berlakon seperti tak memahami..supaya kita kuat sendiri..

bukannya saya kate tak bagus..fitrahlah bahawa kita ada suka dan dukanya namun ada masa kita perlu bertegas dgn diri sendiri

tak berkepentingan

Memang susah untuk membuat sesuatu tanpa apa-apa kepentingan.... tak tahu lah untuk org lain tapi bg saya perkara itu terlalu sukar untuk "dibiasakan"..

maka apabila membacakan bab ikhlas perkara itu memang menyentak diri saya.... teringat entry Ust Pahrol.."UNSUNG HERO!"

Bagaimana dalam tarbiyyah ini saya mula mengenal hidup tanpa kepentingan... dan saya sangat kagum dgn manusia yg mampu "cool" untuk membuat sesuatu itu tanpa kepentingan...

memang untuk mencari dan menjaga keikhlasan itu perkara yg sukar....

moga semua yg kita buat adalah untuk mendapatkan mardhatillah..bukannya apa-apa balasan dari manusia...insyaAllah. :)

Saturday, October 23, 2010

back for GOD????

Alhamdulillah segala puji bg Allah atas nikmat iman..Islam..tarbiyyah dan mengenal dakwah ini masih Dia kekalkan sehingga ke detik ini.

Hampir tiga tahun berada di bumi Tuhan yg bertuah ini....dan saya rasa 3 tahun yg sangat bermakna ini telah mengistiqamahkan saya dlm byk hal...dan inilah istiqamah saya yg terpanjang yg pernah wujud dalam hidup saya selama 23 thn ni...dan kalau boleh mahu terus tsabat/tetap/istiqamah bersama jalan ini hingga saya akhirnya bertemu dengan Yang Maha Pencipta.


Pastinya akan merindui bumi ini...bumi yang mengajar erti tentang-Mu..tentang Islam...tentang ukhuwah....ttg segala-galanya.

di bumi inilah tempat kami beruzlah....(huhu..Nabi beruzlah di gua Hira' lebih kurang 3 thn) Terasa seperti Allah menghantar ke bumi ini untuk diuzlahkan untuk menhadapi realiti medan dakwah di Malaysia nanti. Masih ada beberapa balance waktu untuk gunakan peluang itu, insyaAllah

ada satu perkara yg terlintas dalam fikiran apabila mendengarkan hadith Nabi berikut yg dikongsikan oleh seorang akhawat;

"Barangsiapa derhaka kepada Allah untuk memuaskan orang lain, Allah benar-benar murka kepadanya dan akan membuatkan orang yang ingin dipuaskan hatinya tadi menjadi benci kepadanya. Dan barangsiapa demi keredhaan Allah dia dibenci oleh orang lain, Allah akan melimpahkan keredhaan kepadanya dan membuatkan orang yang membencinya tadi itu berpuas hati terhadapnya"

pernah muncul dalam fikiran saya...bahawa saya nak buat itu dan ini supaya adik2 akan suka pada saya...dan mungkin niat dan cara itu tidak bertepatan..tidak memenuhi kehendak Allah. Kadang-kadang demi nak membuatkan mad'u2 nampak kita ni "cool", "sempoi"..."rock"..."sporting"....kita sanggup tenggelam bersama-sama mereka kononnya dengan alasan agar mereka lebih selesa dengan kita..nanti senanglah untuk mendakwahinya.. Namun selalunya kita lupa bahawa Allah lah yang memegang hati mereka....bukannya dgn kuasa or usaha kita. Takkanlah demi memenangi hati mad'u2 itu kita sanggup "bertabaruj" tidak mengikut syarak... takut untuk bertudung labuh dan sebagainya.

dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-anfal-:63






Friday, October 22, 2010

syaitan yg sungguh licik dan dibantu oleh nafsu jahat!

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sedang buat-buat perkara jahiliyah... astaghfirullah al-adzim...

mungkin kita rasakan diri kita dah "bersih" dari jahiliyyah sejak mengambil keputusan untuk berubah dulu... segala yang pendek2 dah dibuang, dibakar dan sebagainya
cd-cd korea telah dipatahkan dgn dasyatnya angkara geram pada jahiliyyah yang selama ini "menidurkan" kita...

lagu-lagu dan movie2 yang berGIGA-giga.... habis di delete..tak ada satu pun kita biar mereka hidup sembunyi-sembunyi walaupun dlm recycle bin..


Alhamdulillah untuk itu.... namun tak bermakna kita dah bersih dr jahiliyyah...

ada lagi perkara yang masih mengotorkan hati..fikiran...mungkin percakapan kita....


seperti melihat facebook pada perkara yg tak sepatutnya...tersasar dari tujuan dakwah yg selama ini kita kabarkan. Apa melihat perkara-perkara yang tak sepatutunya mula lah fikiran menyangka-nyangka... bercerita itu dan ini....

membaca blog-blog kononnya untuk melihat kepelbagaian dakwah...tulisan-tulisan yang mungkin dapat mentazkirah diri... tapi lama-kelamaan niat kadang-kadang tersasar.... sibuk mencari dan mengenali "tukang blog"..... bukan isi lagi yg diperkatakan tapi orangnye pula. masa untuk membaca blog makin hari mencuri masa kita membaca dan mentadabbur ayat-ayat-Nya


licik sungguh technique syaitan memperindahkan tingkah laku kita....
astaghfirullah al-adzim....

Thursday, October 21, 2010

bunga....adakah ia crocus?





by someone.....

Semuga kita menjadi mereka yang memekarkan bunga2 da'wah dimana pun kita berada.. May the presence of iman and ukhuwah will ensure us to thabat in this path, which promised us paradise and His Mardhatillah...


tiada yang tidak pernah mengimpikan bahawa pokok yang ditanam itu bisa tumbuh kukuh disamping bunga-bunga yang kembang mekar...

mungkin menjadi impian semua dari kita...

Namun hati ini cuba bermuhasabah kembali adakah pokok yang disemai itu punga cukup baja....air ...dan mungkin cahaya untuk dia hasilkan bunga-bunga bagi dakwah ini......


ia semuanya hanya datang dari-Nya... namun tak mahu kah kita?

analogi oh analogi

Saya rasa semenjak join tarbiyyah antara perkara yang paling terkesan adalah bagaimana Nabi mengaitkan analogi-analogi yang menarik untuk mengajarkan dan memahamkan kita tentang sesuatu perkara... kalau dibelek Quran itu perumpamaan2 adalah cara Allah ajar kita untuk beri kita "feel" dan "faham" tentang sesuatu.

tadi baru saya benar-benar sedar.....

memang fitrahnya manusia ini suka kepada sesuatu yang dia boleh nampak...

contohnya ketika Nabi menerangkan jenis-jenis manusia yg wujud kat dunia ni melalui analogi jenis tanah....(ini adalah fav hadith saye!!!!)

analogi pokok tamar... mcm2 la...

so seorang daie itu kena pandai sampaikan dakwah dengan cara yg boleh menarik perhatian mad'u dan dakwah itu harus disampaikan dgn jelas..sejelas-jelasnya

dakwah ini memang ajar kite banyak berfikir.. (alhamdulillah sejak join tarbiyyah menggunaan otak saya sudah bertambah :)


tu je nak cerita.... dakwah itu faan, jom mengkreatifkan diri!

Wednesday, October 20, 2010

masih ada yang tinggal......

melihatkan wajah anak-anak itu..pilu rasanya.... sedih hanya Tuhan sahaja yang tahu. dalam hati hanya mampu terlafaz "Moga mereka sedar akan hadirnya hidayah yang sedang menunggu mereka di depan mata"

Kalau nabi sewaktu misi dakwahnya ke Taif pernah berdoa agar penduduk taif itu dari mereka akan lahirnya generasi-generasi yang mengagungkan khalimah tauhid ini..dan menolak bencana gunung-gunung dihempap ke atas mereka seraya berkata.."Umatku ini masih belum mengerti"

Namun untuk ini aku merasakan "umatku ini masih belum mengerti" belum layak untuk aku ungkapkan kerna aku belum lagi laksanakan balagh yg mubin seperti mana para anbiya dan ar-rasul laksanakan ketika menyampaikan risalah Islam ini .

mungkin yang layak untuk aku ungkapkan adalah "Ya Allah ampunilah hambamu ini yang kadang-kadang masih bertangguh sehingga manusia tak mampu untuk mengerti tentang-Mu"

Monday, October 18, 2010

kidnap yg bermisi


1. kalau dengan usaha tanganmu Allah menghadiahkan hidayah kepada seseorang itu seakan-akan dirimu telah mengambil satu batu-bata dari bangunan jahiliyah untuk diletakkan di atas binaan Islam...
2. dengan ini akan berkuranglah kestabilan binaan jahiliyyah...akan retak dan mungkin akan membawa kehancuran kepada susunan binaan mereka.


3. Namun andai kita tak berusaha untuk melaksanakan misi penculikkan ini bererti kita membantu process pembinaan bangunan jahiliyah itu.....
Jom, lakukan penculikkan bermisi untuk selamatkan manusia dari dipergunakan oleh jahiliyyah....!!!


Sunday, October 17, 2010

ubat untuk cattle? sheep?

last friday....ada site visit ke sebuah drug company kat Manuwera... unlike others, saya dapat pharmaceutical company yg buat drugs (ubat) untuk binatang ternakan...hmm..mula-mula perasan agak tak berapa best sebab pergi company yg buat ubat binatang huhu...saya kalau boleh nak pergi company yg buat drugs for human...

but that's ok... apa yang Allah tentukan itulah yang terbaik. lebih kurang eh...kurang dari 15 orang yg pergi ke company tu tapi bus yang uni hantar macam nak bawak 100 orang hehe....:)

hmm...sesungguhnya... saya sungguh pelik memikirkan sikap manusia... u know why drugs are designed?manufactured? marketed?.....

tak kisah lah tapi apa yg ingin dikongsikan adalah:

manusai ni sungguh2 mencari ubat kepada penyakit luarannya malah sibuk2 untuk mencari ubat untuk binatang ternakannya..tapi tiada orang sungguh2 nak cari ubat buat hatinya yang lebih parah akibatnya. (bukan bermaksud saya menidakkan ubat2 tersebut..)

hm....sebab kebanyakkan manusia yg rasa diri mereka sihat sebenarnya tengah merana dengan dasyatnya akibat hati yg penuh penyakit...yang selalu sakit....yg mungkin juga dah mati...









Saturday, October 16, 2010

Khalifah merdeka....

Astaghfirullah al-adzim

lihatkan keadaan itu jiwaku rasa tidak tenteram kerna aku tahu itu mungkin mengundang murka....aku diam....terus diam...jam pada telephone bimbit itu kerap kali aku perhatikan. Dah agak lewat ni....takut-takut waktu solat kita semakin menjauh..Ya Allah apa yang harus aku katakan....hish...lemahnya imanku YaAllah....

Malah hati ini terasa seakan-akan tidak seronok dengan apa yang berlaku. Layakkah agaknya nak menggelarkan diri daie andai perkara kecil pun aku tak mampu bersuara..

Aku jadi sedih....bertambah sedih dan takut mengenangkan Malaysia yang bakal aku diami nanti...apakah pula habuannya...

Friday, October 15, 2010

uzlahkan jiwamu....




1. entah mengapa..saya mahu juga sirah ini diadakan......(oo..mungkin sebab yang bersemangat nak buat sangat! pastu semalam tak dpt buat sebab ada benda lain yg mendatang)...Jadi perasaan bersalah tu agak menekan dan saya sudah lama rasa kekeringan jiwa...

2. walaupun kesudahannya hanya kami berdua..(seakan-akan bertalaki la pulak) namun bilangan bukannya masalah yang besar untuk membuat apa-apa sekalipun...

3. Uzlah.....Hari ini...malam ini rasanya Allah sudah menjawab segala penyelesaian terhadap permasalahan dalam diri ini....uzlah. Bagaimana Allah telah mengajarkan Nabi s.a.w untuk menguzlahkan diri...untuk dekatkan diri kepada Allah...bertafakur...mencari kekuatan sebelum memikul amanah menyampaikan risalah tauhid.

4. uzlah itu sangat crucial kepada daie...sangat2 penting........

hmm.. mungkin nak lebih feel boleh bace Fiqh Sirah....


Wednesday, October 13, 2010

jiwa yang sensitive...

kalau dalam business or drug development yg saya belajar tu ade technology transfer..maka mulai hari ini saya akan buat blog-transfer.. hehe. Nak salurkan kembali entry2 saya yg dulu from my previous blog...

h1

jiwa yang beriman itu Peka dan sensitif

May 3, 2010

Bayangkan dengan hanya melihat sedikit sahaja penyelewengan dan umat Islam yang mula lari dari medan jihad sudah membuatkan Umar berasa sangat dukacita…

Aku ini sedang merawat satu masalah yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali Allah. Diatasnya telah mati orang yang tua, telah membesar orang yang kecil, orang ajam telah mahir berbahasa Arab dan Arab badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu

bayangkan Siapa Umar..tergolong dalam tabien yang pada hayatnya pernah hidup bersama Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair dan ada ramai lagi para sahabat dan tokoh-tokoh Islam yang hebat…bayangkan betapa Islamnya empayar Islam pada ketika itu. Namun jika dibandingkan dengan keadaan hari ini tak tahulah apa agaknya Umar akan berkata……

ketika Islam itu sedang berkembang….empayar Islam luas menjelajah bumi Tuhan…ke Afrika, ke Sepanyol..ke merata-rata dakwah di jalankan namun dengan sedikit sahaja penyelewengan umat Islam (sangat2 lagi teruk kot zaman sekarang ni) sudah merisaukan Umar.

betapa sensitifnya Umar..kalau dalam lab chem tu analytical balance yg paling sensitif adalah yang dapat memberi bacaan 4 to 5 decimal places…. macam tu la Umar dapat detect very-very small changes in ummah.

kita??? sejauh mana sensitifnya kita memikirkan nasib ummah ini…..adakah sampai boleh untuk membuat kita tidak tido malam? tak lalu makan?

obviously we can’t be like Umar right? but at least we can try to live with “a sensitive-heart” like he did yesterday. Andai kata kita tidak sensitif walau sedikit pun then there must be something wrong with our iman sebab jiwa yang beriman itu peka dan sensitif

source: muntalaq [a favorite for "everyone"]

sendiri






biar tidak ditemani manusia...

andai jalan yang dipilih membawa ke syurga....

biar bersendirian menghadap dunia yang merana

asal merasai syurga yang indah tiada akhirnya...


Biar..biarlah bersendiri

mengapa risau tidak ditemani manusia-manusia

yang mungkin mahu mengheretmu ke lembah nereka...


Namun jangan pula kau leka mahu melangkah bertemu-Nya

sedang amanahmu kau langsung lupa..tinggalkan manusia yang hauskan cinta-Nya

sehingga kau merasa asal aku baik semuanya

biarlah manusia menanggung derita...



Jangan bisunya kebenaran darimu.

kelak takut nanti sampai kepentingan dirimu itu menempah murka-Nya..



Monday, October 11, 2010

mahu terbang lebih tinggi....



Rasanya sudah terlalu lama kita terbangkan diri.... sedihnya ketinggian kita dr bumi sebenarnya belum cukup tinggi lagi..namun kadang-kadang kita merasa sudah cukup dengan pencapaian hari ini...

bukankah itu maksudnya thumuhat ini belum cukup lagi tinggi...maka ia tidak sepatutnya dipanggil thumuhat. kerna thumuhat itu tinggi dan besar ertinya..nilainya...kerjanya....


Siapa mahu terbang lebih tinggi?....
Siapa mahu capai syurga tertinggi?
siapa yang sudi leburkan diri
maka inilah jalannya sendiri


jiwa yang kerdil ini sedang berusaha menguatkan sayapmu wahai adik-adikku...agar kamu juga bisa terbang lebih tinggi...mungkin lebih tinggi dari diri ini..itulah yang selalu didoakan...
mungkin waktu ku di sini sudah tidak banyak lagi....namun terlalu banyak yang masih tidak berkesempatan untuk ditunaikan....

nisa! jom terbang lebih tinggi!...kalau saya tak cukup tinggi dr awak tariklah sayap saya ke atas, agar kita mampu seiring...

lebih baik dari unta merah mahupun dunia dan seluruh isinya


Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim..


Bila mendengarkan ayat itu hati ini menjadi semakin cemburu. Ya aku memang cemburu..namun cemburuku kepada yang selayaknya untuk dicemburui. Jelas ayat itu menyapa telingaku..terngiang-ngiang sehingga ke sudahnya.

"Abu Bakar, Khadijah, Ali b. Abi Talib, Uthman b Affan....Asma' Abu Bakar... dan mereka-mereka golongan awal yang menyambut hidayah Tuhannya sebagai al-muhtada dari Nabi s.a.w sebagai al-huda...ganjaran mereka tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini kerana merekalah asas penerimaan Islam kepada semua kaum muslimin sehingga hari ini.

Nabi s.a.w pada malam sebelum perang khaibar bermula baginda bersabda di depan para sahabat.. "akan ku serahkan panji ini pada esok hari kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan Allah serta rasul-Nya pun mencintainya"


Sahabat-sahabat tertanya-tanya siapakah agaknya gerangan orang yang bertuah itu..dalam hati mereka berharap bahawa merekalah orang yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu.

seperti yang dijanjikan keesokkan harinya sahabat-sahabat berkumpul bersama Rasulullah s.a.w sambil menunggu kepada siapa agaknya Rasulullah akan memberikan panji khaibar itu. Masakan tidak mereka berdebar-debar..kerana bakal pemegang panji itu adalah orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya.


tiba-tiba Rasullah bertanya "Dimana Ali?"..sahabat-sahabat memberitahukan perihal Ali bahawa beliau sakit mata. lantas rasulullah mengarahkan agar Ali dibawa berjumpa baginda lalu Rasulullah pun meludah ke dalam kedua-dua mata Ali sambil berdoa. Dengan izin Allah mata Ali sembuh seperti sedia kala.

kemudian Rasulullah pun menyerahkan panji tersebut kepada Ali. Maka ketahuilah para sahabat bahawa Ali lah sahabat yang istimewa itu.

sebaik sahaja panji itu dalam genggamannya Ali berkata "wahai Rasulullah akan ku perangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita semua"

Baginda bersabda "jangan terburu-buru, sehingga kita turun ke tempat mereka, serulah mereka kepada Islam dan beritahukan mereka segala sesuatu yang menjadi kewajipan kepada mereka. Demi Allah sekiranya dengan engkau Allah memberi hidayah kepada seseorang maka itu lebih baik dari sekumpulan unta-unta merah"

setiap kali seseorang itu masuk Islam atau menerima hidayah dari Allah maka orang itu membuka suatu lembaran baru bagi dakwah..seperti mana kisah Umar dan Hamzah. Dengan keislaman dua sahabat ini dakwah nabi mula secara terang-terangan.


maka sebarkanlah hidayah-Nya....jika Allah memberi hidayah kepada seseorang itu dengan usaha tanganmu maka itu lebih baik dari unta berwarna merah atau dunia mahupun seluruh isinya.


Jom berusaha!



Saturday, October 9, 2010

Hadiah paling comel

kadang-kadang bila difikirkan...memang sweet la Allah nie...Allah memang sweet dan Maha Penyayang... teringinnya nak jumpa Allah.!!!! saya sayang Allah...nak mencintai-Nya lebih dr segala apa yg ada di dunia ini.

Dan itulah perkara yang saya pelajar dr semua sahabat-sahabat yang Allah hadiahkan kepada saya...Kalau Allah memilih saya untuk bertemu dengan-Nya perkara yang ingin saya katakan adalah "Allah, .terima kasih atas tarbiyyah-Mu melalui sahabat-sahabat ku ini...Sesungguhnya itulah perkara yang paling ku hargai"


saya rasa sangat special...bila mana Allah menghadiahkan saya sahabat seperti awak... Jazakillahu khair Walaupun saya tak pernah berperasaan untuk publish kat mana2...sebab saya suka simpan sorang-sorang dalam hati...Moga persahabatan ini Allah redha...moga dapat jadi seperti Thalhah dan Zubair al-Awwam..dua sahabat yg bersahabat hingga ke syurga..menjadi jiran tetangga Rasulullah di negeri yg lebih abadi...


MySpace

Friday, October 8, 2010

Emosi

saya tahu saya memang orang yang penuh emosi...terima kasih atas teguran itu.
Memang Allah sudah menjawab persoalan yang selama ini bersarang dalam fikiran saya......

dalam banyak hal saya memang tak layak untuk membuat keputusan..sebab Allah tahu keputusan saya adalah keputusan emosi...tindakan saya adalah tindakan emosi...


mungkin saya perlu banyak berfikir dan berdiam diri daripada banyak bersuara emosi...MySpace

Monday, October 4, 2010

hati kecil=kecil hati

Assalamualaikum w.b.t

saya merasakan masalah besar kita dalam kerja dakwah ini ialah hati. Tambah-tambah lagi akhawat. Cepat terasa...berkecil hati..termakan hati...terguris hati...dan kelukaan-kelukaan hati yang lain.

hmm...hati jangan sejemput...kecil seperti semut. Hati daie kena sentiasa besar...tenang bukannya oversensitive. Tegur ini tak boleh tegur itu tak boleh.. kate nk jd lebih baik. tapi bile ditegur macam mencuka.
hmmm......


hmm..saya rasa syndrome ni memang sangat-sangat perlu diambil kira dan diambil peduli bagi sesiapa yg tak suka peduli.

tafahum
Bila mengatakan kita ini para daie/daiyyah sepatutunya kita ini sedang membina tafahum itu (rukun Usrah) dan kita tahu bahawa tafahum itu perlu dibina setiap masa, sepanjang masa walau dimana kita berada.

dan kita sepatutnya mengerti, bila dikatakan tafahum kita adalah saling bersefahaman. cth; Apabila ditegur/dinasihati hati sentiasa terbuka untuk menerima dan bersedia untuk perubahan. Begitu juga yang menasihati.

Namun saya merasakan ada yang kurang...ia itu cara menegur atau menasihati sesama kita. Kadang tanpa kita sedari cara kita tak melambangkan kelembutan dakwah ini...kecantikkan dakwah ini...cara kita kasar!

Habis tu takkan semua perlu jadi orang lemah lembut dan ayu belaka??? Hmm, tak semua perlu jadi lemah lembut..kerana kita ini tak serupa. Kalau dilihatkan sahabat-sahabat pun ada yg lemah-lembut seperti uthman, Abu Bakar..namun ada juga yg tegas seperti Umar dll.... Namun bak kata murabbi saya "yang paling penting cara yang sesuai untuk setiap individu-individu itu" kerna setiap orang berlainan. Sebab tu lah sebelum datangnya tafahum perlunya taaruf.

tak tau apa yg saya tulis. tapi saya ini sedang menasihati diri supaya jgn cepat berkecil hati!