dah lame tak menulis di blog sendiri....hari ini teringin berkongsi tentang students2 saya yang amat disayangi....
saya rasa saya agak obsess dengan profession guru....bukan2... saya mau jadi lebih dari guru... saya mahu jadi murobbi yang hebat.
walaupun kadang-kadang kita akan rasa macam pelik... sebab kita ni seakan-akan terhegeh-hegeh kepada students...cikgu2 lain pun mungkin akan sentiasa pelik dgn sikap kita yg seperti 24 jam mahu bersama students and tak fikirkan tentang "masa depan" sendiri... i mean wasting times with friends, dating n etc...
Ya Allah saya mahu semua anak-anak ini merasakan indahnya Islam seperti mana yang saya rasa di sana dulu..... saya mahu mereka mengenal siapa Allah...... betapa hebatnya cinta Allah.... betapa indahnya bila hati dapat menyintai Allah...
saya punya pelajar-pelajar yang sangat hebat dan unik dengan keistimewaan tersendiri.
Jarir adalah seorang pelajar yang berani dan mempunyai self-esteem yang sangat tinggi. Suruh je dia nyanyi dia pasti akan menyanyi tak kisah di mana sekali pun and siapa yang melihat. Lagu favouritenya adalah Maher Zain. anak ini mungkin hanya biasa je dalam akademik tapi dia punya "values" diri yang sangat besar.
Wall... wall adalah murid kesayangan saya walaupun saya tak tunjukkan... i have to be professional. saya sangat tersentuh sebab dia seorang pelajar yg pandai n sangat bersemangat utk belajar chem. sampaikan kat cafe pun nak tanya lagi soalan chemistry.... saya sungguh terharu dapat students macam ni. waktu test lepas chemistry dia hanya dapat 67... dia sangat frust and datang jumpa saya a few times utk dapatkan pertambahan markah.
fadhlan.... pelajar ni pelik sikit... tapi dia selalu concern pasal perasaan saya... dia pelajar yang pandai tapi kelantannya pekat sangat saya susah nak faham.... dia pun pelajar kesayangan saya.
Azma.....i'm so touched dengan semangatnya nak belajar chemistry..... dan dia siap buat "aku janji" bahawa dia akan berusaha bersungguh-sungguh utk dapat A in chemistry......
Nabiela... tiap kali after solat... die akan peluk saya seperti seorang akhawat memeluk ukhtinya... dia agak lemah....tapi saya sayang dia.
haish... banyaknya pelajar saya: 29 +27+30+30=116 orang
dan kalau boleh saya mahu jadi orang yang meletakkan helaian kertas itu di hati-hati mereka... biiznillah....