kata-katanya buat aku terdiam...
setiap kali berqodoya, aku rasa perkara sama yang akan dilontarkan. masalah demi masalah.. mujahadah demi mujahadah yang terpaksa dia alami seakan-akan orang lain tidak punya mujahadah sendiri. seolah-olah orang lain punya jalan yang lebih mudah untuk dilalui.
astaghfirullah... adakah aku berburuk sangka pada akahwat yang ku sayangi fillah ini?
bukan.....
bukan maksudku untuk berburuk sangka. cuma aku ingin dia mengerti semua orang punya mujahadah sendiri.
aku sangat berharap kata-kata ustaz tadi akan membuatkannya berfikir lebih untuk mengatasi masalahnya dalam dakwah. kerana aku mahu dia terus laju dalam dakwah... terus bersemangat laksanakan dakwah seperti mana di bumi kiwi dulu.
masakan aku mahu biarkan dia layu dan akhirnya tertinggal ke belakang.
seorang ikhwah pernah berkata pada ana.. "akhi takpelah... family akhi dah settle!". kata-kata ikhwah tu buat ana geram. tahukah dia betapa mujahadahnya ana untuk memahamkan family ana. ya ana dah kahwin dan alhamdulillah ok. tapi itu bukan lah usaha sebulan dua.. bahkan bertahun-tahun ana melobby parents ana supaya ana dapat berkahwin dengan akhawat."
teringat seorang adik yang bermujahadah untuk keluar rumah ke tempat program. betapa dia sangat berusaha untuk memahamkan family. macam-macam teknik dan tactic yang digunakan. dan itu bukan ambil masa selama beberapa bulan... tapi makan tahun. sehingga akhirnya parents nya tawar hati untuk menghalang dan benarkan aktiviti dakwahnya. itu semua kerana dia tidak pernah berputus asa dan dia sentias berusaha dan berusaha... mencari jalan demi jalan untuk membuang segala alasan yang ada.
jadi aku merasakan ukhti ku ini ..masalah besarnya adalah kerana dia tidak reti untuk menguruskan kehidupannya untuk dakwah. kalau dulu masalahnya adalah terikat dengan parents.. sekarang setelah berkahwin dengan ikhwah sepatutnya perkahwinan itu akan membantunya dalam dakwah. tapi sebaliknya pula berlaku. bertambah-tambah halangan.. kini bukan sahaja dari keluarga sendiri bahkan ada keluarga mertua pula yang perlu untuk "dijaga" hatinya.
astaghfirullah al adzim.....
bukannya mengatakan senang mujahadahnya... aku tahu susah buatnya. tapi yang aku sedihkan ketika kami mengemukakan cadangan untuk membantu tarbiyyah semua yang lain.. dia tidak menerimanya dengan positive. bahkan dia telah terlebih dahulu menyatakan masalahnya... seakan-akan tidak langsung mahu mencuba...
aku pun belum tentu ada.... aku pun tidak tentu lagi di tahap mana.... tapi at least kita cuba untuk perancangan demi kemaslahatan dakwah dan tarbiyyah diri dan semua. tapi dia terlebih dahulu mengalah.
"takpelah... korang proceed la dulu. ana tak tahu nak bg kata putus"
satu jawapan yang sangat aku sedihkan. tiada lagi kesungguhannya seperti dulu. tiada lagi himmahnya yang menggunung dan melonjak yang pernah menyentuh hati adik2 dulu.