Thursday, January 30, 2014

kaku

aku fikir aku adalah perempuan yang tiada kasih sayang santunannya...
tidak pandai menunjukkan kasih sayang..... atau tak cukup... buat adik-adikku.... buat anak-anakku.

lembut... tapi tidak penuh dengan kasih sayang.
ada orang keras tapi terserlah besar jiwanya dengan kasih sayang.

aku fikir apa sebab ada sesetengah orang sangat disayangi mad'u- mad'u nya... ? ya sebab hubungan dengan Allah, mereka sangat kuat. sangat pelihara... sehingga Allah menyayangi mereka dan Allah khabarkan penduduk bumi untuk turut menyintai mereka. Allah hadiahkan perasaan cinta dalam hati-hati mereka untuk saling menyayangi
tetapi ....mereka juga sangat menyintai manusia itu ...sehingga mereka layak untuk dicintai.


moga Allah ajarkan aku bagaimana harus mencintai........ mencintai dakwahku.... mad'u-mad'u ku.... adik-adikku.. akahawat-akhawatku..... kerana aku sungguh kaku untuk itu.





No comments:

Post a Comment