Wednesday, December 28, 2011

kita hidup atas perjanjian


Kami melekatkan setem hasil bernilai RM10 di atas 3 salinan perjanjian.... Rasanya 4 tahun sudah kami buat perkara yang sama, sewaktu ingin melanjutkan pelajaran ke oversea dulu.

"hidup kita ni penuh dengan perjanjian..." ...dari dulu sampai sekarang perjanjian demi perjanjian kita tandatangani.

sekarang entah berapa agaknya total "hutang" kita... kalau dilihatkan jumlah agak gurun la jugak tapi alhamdulillah since kena berkhidmat kepada "pemiutang" maka boleh dikatakan "hutang" itu langsai lah....

tapi tu hutang dan perjanjian kita dengan manusia......
macam mana dengan perjanjian kita yang lebih besar lagi...


PERJANJIAN DENGAN ALLAH!



ingat tak nie???? perjanjian kita dengan Allah di alam ruh.
perjanjian bahawa kita akan tunduk kepada-Nya
perjanjian bahawa kita akan menjadi saksi kepada kebenaran...
perjanjian bahawa kita akan menggalas amanah yang ada dipundak kita saat kita mengucapkan syahadah...



apa agaknya kita nak jawab bila Allah menuntut kembali perjanjian tu di akhirat nanti.... :(



Tuesday, December 6, 2011

sentuhan murobbi

satu perasaan yang Allah hadirkan....dan ia selalu menjadi kekuatan dan semangatku iaitu aku pernah menerima sentuhan seorang murobbi yang hebat.. dan aku pasti ramai yang dapat merasakan kasih-sayangnya.

dan seperti yang Allah kata..murobbi itu adalah kurniaan Allah...dan ia sebuah kurniaan yang besar dalam hidupku.

terima kasih Allah kerna memberi aku hadiah yang sangat istimewa ini. jauh di sudut hati aku bercita-cita untuk menjadi sepertinya...yang mampu menyentuh hati-hati manusia dengan Islam...

dan tiap kali aku rasa tersungkur, maka segala penat lelah tarbiyyahnya menjadi pembakar semangatku untuk bangkit semula.

wahai sahabatku... jom kita doakan murobbi-murobbi kita yang sangat di sayangi kerana Allah.. moga Allah memberkati usianya...dan meletakkan mereka di kalangan mereka yang Allah sayangi, lindungi, dan peliharai.....