Thursday, January 27, 2011

kau ahli neraka atau syurga??

aku menghulurkan duit RM10 untuk membayar harga chicken rendang chapatti dan pizza. ketika megambil wang tersebut mata si penjual itu sempat melirik ke arah customer perempuan yang sedang melihat-lihat menu yang ada di kedai tersebut. customer perempuan itu memakai dress pendek rasanya atas lutut.

namun customer perempuan tersebut membatalkan hasratnya untuk membeli dan berlalu pergi. kemudian si kakak penjual ini berkata.." Ya Allah perempuan melayu..pakaian...!..pakai macam ni bagus" sambil memandang seorang gadis lain yang elok menjaga auratnya.

aku hanya terdiam dan tersenyum... kemudian kakak penjual itu menyambung lagi..."pakaian macam tu ahli neraka jawabnya!"

terkejut aku dengan kenyataan kakak itu.....hish akak ni..patutnya kita mendoakan moga orang tu sedar dan bertaubat bukannya mengklassifikasikan orang itu ahli syurga atau neraka. Allah sahaja yang berhak tentukan di mana Dia mahu meletakkan setiap hamba-Nya... tapi aku membebel dalam hati sahajalah. ketika menulis baru aku rasa bersalah kerana tidak membetulkan kakak itu..huhuh. Ya Allah.

setelah bayar aku pun beredar duduk sedikit jauh dari kedai tadi. sambil mengunyah makanan, aku melihat kakak penjual tadi. Astagfirullah al-adzim...melihat pakaiannya juga tidak sedap dipandang walau pun ia bertudung.

tiba-tiba aku teringat hadith Nabi s.a.w: (hadith 4)

".....Ada di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka sehingga jarak antara dia dan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga ia beramal dengan amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga"

Monday, January 24, 2011

jalan-jalan cari budu....


insyaAllah akan berjaulah jauh ke suatu tempat yang tak pernah ada dalam list tempat ziarah saya .....namun sejak tahun lepas mula tanam azam utk ke sana... moga perjalanan dakwah ini dapat menimba seberapa banyak tarbiyyah dr Allah... moga layak untuk ditarbiyyah....


wah....saya mahu jadi "ibu" yang matang....bermulalah jaulah kedewasaan saya...

Friday, January 21, 2011

spread the love....


alhamdulillah.... tsumma alhamdulillah...

saya rasa nak share satu perasaan saya kepada sesiapa yg berkenaan..

perasaan ini membuatkan saya rasa indahnya dakwah ini.

mungkin biasa je bg orang lain...tapi perasaan ini sgt bermakna dalam diri saya.

baru-baru ini saya benar-benar merasa bahawa dakwah itu adalah cinta..sayang.... dan tiba-tiba saya begitu jatuh cinta dengan dakwah ini...setelah sekian lama huhu....

baru-baru ini sempat berprogram bersama adik-adik di sebuah kolej tentang SH.

dan sebalik satu tanggung jawab yang besar yang diletakkan di bahu setiap muslim, sebenarnya tugas itu sepatutnya kita lakukan bukan hanya kerana tanggung jawab....bukan hanya utk mematahkan hujah manusia, bukan hanya tak mahu di"berdosakan".....

tapi kerana kasih dan sayang kita terhadap manusia itu maka kita mahu mereka mengenal Allah..mengenal Islam yg indah ini
dan dakwah ini kerana cinta kita kepada Pencipta yang mana bila ada sahaja yang cuba menggantikan kedudukan-Nya akan membuatkan kita "cemburu" dan tidak mahu sesiapapun mencintai selain Dia.


dan kerana sayang.....kerana cinta inilah Nabi sanggup meredah segala kesusahan demi kesusahan... sehingga ketika baginda hampir wafat pun....baginda masih mengingati umatnya...

dakwah itu cinta...... susah nak gambarkan melalui tulisan kena "feel" sendiri.... nak lebih mencintai!!! huhuh tapi tak all out pun bile buat "kerja".... usaha!


i'm in love..!!!!!

perasaan or perasan



GHURUR...... PENYAKIT YG SELALU DATANG..

JANGAN TERTIPU!

****************************
hr nie saya belajar satu skill, skill jadi penyayang dan disayang...hehe makasih Afiqah. akak sangat tersentuh! Afiqah ni sangat sweeeeeeeeeeeettttttt....

jzkk. sweetnya Allah tarbiyyah kita.. + hr ni dapat satu hadith paling best masa kuliah subuh...makin rasa sayang kat Allah...nt check eik RS bab sabar..best2 sila bace...hadith Allah memujuk kita...:)

kak farah siap typr dlm phone lagi punya lah semua org terharu dgn hadith tu.... hehe. semua org sebenarnye pagi tu tgh keletihan sebab ade program smlm dan "diganggu" oleh masalah2 D&t yg berkenaan ...so nak kate hadith tu mcm motivasi dan pujukan dari Allah...





Tuesday, January 18, 2011

rukhsah dan azimah

tuntutan dakwah terlalu banyak
memang tak pernah cukup kaki dan tangan
namun bila seruan mendatang
siapa sahaja yang lapang......................

kita boleh bina 100 alasan
kita memang ada sejuta halangan
namun kalau ia kita biar terus tak melawan

bila agaknya kita akan capai kemenangan.......

namun kita sedar kita sendiri perlu letakkan alasan buat mereka... faham..... faham... 70 alasan...

mungkin saat ini kita tak diuji seperti mereka....bahkan kita tak merasa mujahadah mereka....moga Allah sentiasa membuka jalan atas setiap kesukaran mereka dalam melaksanakan dakwah... boleh jadi ada jiwa-jiwa yang meronta-ronta ingin dilepaskan dari belenggu fitnah..mereka sedang bersabar sehingga datangnya ketentuan Allah...

Ya Allah permudahkan akhawat-akhawat yang sentiasa berkehendak melaksanakan dakwah ini demi-Mu...

dan saya percaya Allah akan beri jalan kepada siapa yang mengkehendakinya.

tarbiyyah penat....

1. normal untuk berasa penat.... kerana kita diciptakan atas keterbatasan-keterbatasan tertentu dan pastinya kita ini manusia yang sangat lemah yang tak punya kekuatan mahupun upaya tanpa pemberian Ilahi.

2. baru2 ni saya sangat merasai tarbiyyah penat dari Ilahi. perkara yang paling obvious apabila kita penat adalah ... mood akan swing.. daripada seorang yang "cool" akan berubah menjadi pemarah.. daripada seorang yg sabar terus jadi tak sabar.... daripada seorang yg berkata baik kepada seorang yg berkata kasar...

penat.... penat.... itukah alasannya? saya teringat perang khandak... dimana situasi sahabat-sahabat agak tegang dengan kepenatannya, kelaparannya..ketakutannya dan macam-macam perasaan bercampur-baur.

namun yang hebatnya bagaimana mereka mengawal emosi ketika dalam keadaan yang genting itu......

sAbarlah..... kerna ramai orang tak sabar dengan kepenatan...

sangat kagum dengan insan-insan yang masih mampu tersenyum dan berwajah manis dalam keadaan penat dan mengantuk yg teramat tapi masih bertahan untuk dakwah...

nak jadi macam tu!!!!!!