berbanding yang lain, kita jadi kerdil. kerdil dengan apa yang mampu kita berikan untuk dakwah ini...
kita tak punya apa sehingga kita sering bertanya ada apa pada aku?
melihat yang lain kita jadi gusar.... hati gelisah.... terasa apa yang kita dan mereka lakukan untuk dakwah ini bezanya antara langit dan bumi.
kita malu sendirian....malu pada-Nya. Malu mengaku mahu seluruh hidup ini diinfaqkan untuk dakwah...malu mengaku segala-Nya untuk Dia... kerna jauh disudut hati kita merasakan aku tak punya apa untuk diberikan kepada dakwah ini....
yang ada hanya hasil dakwah yang dirasakan tak menjadi.... mereka yang menjauhi... mereka yang meninggalkan kita sendiri.
yang ada hanya hasil dakwah yang sunyi sepi dari pandangan manusiawi..
kita jadi lemah...kita jadi kendur.... kendur keyakinan diri dan hati.
malangnya kita juga mula hilang yakin dengan jalan ini... silapkah aku? salahkah aku memilih untuk terus di sini....
ketahuilah bahawa jalan inilah jalan di mana para nabi dan sahabt berjalan... hanya di jalan ini yang akan menyampaikan kita kepada-Nya.
mengertilah bahawa dakwah ini tidak sesekali memerlukan kita bahkan kita lah yang sangat-sangat memerlukannya.
dan ketahuilah bahawa seorang daie itu tak cepat bersedih hati apabila dakwahnya itu tidak didengari dan tidak pula cepat bersenang hati bila ramai yang mendatangi..kerna daie itu sentiasa tenang......
dan ketahuilah bahawa hanya Dia yang menilai setiap usaha hamba-hamba-Nya. Siapa yang tahu.... boleh jadi amalan yang kecil itu menadi besar di sisi-Nya dan boleh jadi amalan yang dipandang remeh itu boleh jadi setinggi langit dengan bersihnya keikhlasan pembuatnya...
wallahu 'alam...