Sunday, June 27, 2010

bina yang mana dulu

ada yang kata kalau kita inginkan pasukan bola sepak yang mantap, infrastruktur kena grade A, baru boleh lahirkan pemain-pemain grade A pula....

lalu aku berfikir mana satu yang harus kita bina dahulu...manusia atau bangunannya? Apakah jika kita punya bangunan, kemudahan-kemudahn serta teknologi-teknologi terkini, kita mampu mencipta manusia sehebat itu pula....

lihat sahaja negaraku, ya rakyatnya sendiri mengaku kita punya infrastruktur kelas A namun masyarakat kita lebih teruk dari kelas C.

jika kita putar kembali roda Islam, lihat kembali apa yang terlebih dahulu diusahakan Nabi s.a.w. Apakah nabi membina negara Islam dahulu kemudian barulah membina rijal-rijal seperti Ali bin Abi Talib, Abu Ubaidah Al-jarrah ataupun Mus'ab Umair?


kunjungan ku ke matri dulu....sudah cukup membuktikkan kita mampu melahirkan manusia-manusia hebat tanpa infrastruktur bergrade A.

Wednesday, June 23, 2010

berlumba merebut posisi yang terbaik

aku ini orangnya sangat bersemangat bila berkata. dengan hanya perkara-perkara yang kecil boleh menaikkan semangat hingga ke puncak bukit Ruapehu hehe.. (bukan ingin memuji diri tapi ingin menempelak sikap yang satu ini) namun aku jugalah orang yang pertama memungkiri semangat itu....semangat itu bisa bertahan kadang-kadang hanya beberapa masa...kemudian ia surut dan surut lantaran kadang-kadang terfikir tiada siapa yang mahu menyahut semangat yang berkobar-kobar ini. mungkin kerana mereka sudah masak benar dengan "hangat-hangat tahi ayam" ku ini.
ya aku sedar jarang semangat itu membuahkan hasil...astagfirullah al-adzim kadang-kadang aku sendiri malu dengan apa yang aku semangatkan. Namun aku banyak belajar dari "semangat ini".,,biar hanya aku sahaja yang tahu.

Cuma hari ini aku berfikir aku sudah ada satu semangat yang lebih baru... dan semangat ini bukan palsu...ia datang dari Yang Maha Satu. Ya Allah alhamdulillah terima kasih atas suntikan semangat ini...Moga ia menjadi peneguh semangat ku kini dulu dan selamanya.


"dan masing-masing orang ada tingkatannya sesuai dengan apa yang mereka kerjakan. Dan Tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan [6:133]

Monday, June 21, 2010

pertama kali

tiba-tiba aku sangat merindui perasaan ketika mula meronta-ronta mencari-Mu...
rindunya aku....namun sekarang mengapa aku tidak merasakan manisnya perjalanan ini seperti mana manisnya sewaktu mula melangkah dulu.....

ia manis kerana kepayahannya yang berbaloi untuk diterokai...... dan aku kira semua turut merasa kemanisan yang sama walau berbeza caranya...

pertama kali hidup dalam merasai cinta-Nya yang selama ini terselindung.... dan aku kira juga ramai yang tak mampu menanggungnya sehingga kalau boleh ingin dikhabarkan kepada semua betapa indahnya perasaan ini....sehingga ia membuah sebuah perubahan yang aku sendiri tidak pernah jangkakan.... subhanallah besarnya sentuhan kasih-Nya

perasaan yang tak mungkin sesiapa pun dapat menggambarkannya...ya hanya yang merasa mampu mengerti......

maka kerana pertama kali itu....aku akan berusaha untuk buatmu menyambut tangan ini untuk turut sama melangkah.....



Saturday, June 19, 2010

cinta ikhlas yang tidak perlu ditunggukan balasannya

aku kira mungkin kasih ini belum cukup ikhlas kerana-Nya....
aku sebut aku kasihkan dia kerna-Mu namun hakikatnya tiap kali itu aku menunggu balas kasihnya.....hingga aku jadi hampa untuk menyayanginya lagi dan lagi...

dan aku kira itu masih tiada lagi kerna-Mu
kerana kasih itu masih lagi dahagakan balas cinta manusia


Friday, June 18, 2010

Islam itu meroboh tembok-tembok keegoan diri

lihatlah apa yang telah Islam lakukan pada Umar, manusia berani yang digeruni, bisa mencantas kepala-kepala yang menentang mahupun mencabar kelakiannya.

lihatlah apa yang Islam lakukan kepada Abu Sufyan, pembesar Quraisy yang begitu teguh menentang Islam. Perancangan demi perancangan diketuai oleh buah fikirannya.

lihatlah dan lihatlah manusia-manusia yang merobohkan tembok-tembok keegoan dirinya lantaran cair dengan penangan Islam. tiada pangkat, status, keturunan mahupun warna kulit mampu menjadikan kita lebih mulia di dalam Islam. tetapi keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya lah yang menempatkan siapa kita di sisi-Nya

dan inilah yang paling banyak mengajar aku selama aku melalui perjalanan ini... tarbiyah mengajar diri yang memuncak egonya ini menunudukkan dirinya. memang payah..malah ia adalah mujahadahku yang paling besar untuk itu dan pada waktu ini pun ia masih menjadi perang di dalam hati ini.

mula-mula aku enggan....tidak bisa menjatuhkan maruah diri sedangkan ia sebenarnya adalah ego sendiri. Aku jadi benci pada yang cuba mencalarkan keegoan itu.

namun tarbiyyah ini membuatkan aku rela memecahkan sendiri dinding sombong yang menjadi penghalang perjalananku...

dan aku sedar tiada ruginya andai ia aku layukan pada tahapnya....