Monday, December 27, 2010

abang

Hari ini pertama kali sejak aku pulang dapat duduk dan berborak dengan abang. seperti sudah lama tidak melihatnya walaupun hari-hari tengok.

ada sesuatu yang aku belajar dari adikku yang seorang ini....dan dia buat aku bangga with the fact that he know how to take care himself...he's no longer a little kid i used to worry about.

he's a man....

abang.... u will always be my hero...may Allah show you the way......



Sunday, December 19, 2010

sentiasa ada pilihan

aku ini tiada apa dalam dakwah

jauh.... jauh sekali seperti Khadijah, wanita kesayangan Nabi sehingga Allah menjanjikannya mahligai indah di syurga negeri abadi

atau

seperti Aisyah wanita hebat yang tinggi nilai ilmu dan peribadi
indahnya bila Allah-lah yang mensucikan maruah dirinya sendiri

malah itu mungkin hanya mimpi di siang hari menjadi Fatimah di hati Nabi
yang bila menatap wajahnya hilang semua kepenatan, kepayahan dan kegusaran sanubari

namun aku mahu impikan bahawa wanita hebat ini akan sentiasa ada dalam haluan diri.


Saturday, December 18, 2010

punya hati kalau tak mati


Punya hati kalau tak mati

hati yang sudah lama termenung kosong
seakan tak mampu lagi berbicara....
hanya diam membisu tak punya rasa

lama ia sepi tiada erti...


namun seperti hari ini Tuhan berinya nyawa
lantas nurani yang terjerat itu akhirnya bisa mematahkan gerigil-gerigil jahiliyah yang
mengongkong kebebasannya

Hari ini dia mampu bernafas walau dalam sesak...
Hari ini dia mula berbicara dengan Tuhannya
seperti ia lahir semula.



Thursday, December 16, 2010

kisah sebuah perjuangan

buku putih itu ku tatap.... perkataan-perkataannya ku baca..lalu ku hayati makna yang cuba dilahirkan.

asal sahaja kisah perjuangan itu bermula, ada perasaan berbaur sedih mula mendatang.

dalam hati aku berbisik " Ya Allah kalau Nabi ku yang mulia itu melihat aku ini...tentu sahaja dia bersedih..kecewa melihat sikap aku ini"

segala kesenangan, kerehatan dan ketenangan telah Nabi s.a.w tinggalkan...yang ada hanya berjaga malam yang berterusan dan perjuangan panjang lagi membebankan yang setiap hari menanti. dan semenjak seruan Ilahi itu memerintahkan... nabi lalu terus bangun untuk selama 23 tahun tanpa henti tanpa rehat tanpa lelah walau apa pun yang meresahkan untuk memastikan umat ini mampu terus bernafas dalam dakwah dan tarbiyyah Ilahi


lemahnya iman bila nafsu dan jahiliyyah itu tak mampu kita tempis dalam sedar.

perjalanan yang indah

ada satu perjalanan dalam hidup saya...yang sangat-sangat saya hargai dan kenangi malah ia menjadi sumber kekuatan saya.


satu perjalanan yang Allah hadiahkan dalam hidup ini... dan perasaan itu takkan mampu saya lupakan sampai bila-bila.

perjalanan itu mengajar saya erti sebuah kasih-sayang..perhatian....dan nilai tarbiyyah yang tak terbeli, tak terganti.

biar mungkin saya menjadi manusia yang ke seratus, seribu atau sejuta sekalipun...atau mungkin saya ini menjadi orang yang paling akhir... paling lambat merasainya. Namun saya sangat-sangat bersyukur atas sebuah pertemuan......perjalanan yang sangat berharga ini.


Ya Allah peliharalah mereka...


Wednesday, December 15, 2010

one step closer: SUPIR!

Assalamualaikum..

insyaAllah esok akan ke kelas memandu yang pertama dalam hidup. Moga Allah permudahkan. ini lah saat yang dinanti-nantikan...

tak sabar rase nak jadi SUPIR DAKWAH!!!...

biiznillah

all the best semua...

Tuesday, December 14, 2010

rindu

sejauh mana pun aku berlari namun bayang-bayang gelap itu kian meneggelamkan

setiap hari kosong..... seperti tiada warna.

aku hidup namun hakikatnya aku hampir mati


sunyi.... takut sebenarnya aku jauh dari sentuhan kasih-Mu

O... Allah saat apa yang ingin Kau ajarkan padaku.

rasa apa yang Kau hilangkan dari pandangan-Mu


Allah sungguh aku menanti tarbiyyah-Mu

resah andai inilah pemisahnya


Sunday, December 12, 2010

lately...

saya cuba membuat beberapa analisa dan mengamati beberapa situasi disekeliling saya... dan saya merasakan kita ini "serasa".

adakah kita kini kurang bersemangat?... lemah dan lemau?... menyalahkan orang itu dan ini kerana lemahnya semangat di antara kita?. .

kalau begitu la situasinya mengapa tidak kita yang sedar ini mengobarkan kembali semangat jihad kita terhadap dakwah dan tarbiyyah ini. tiupkan kepada mereka yang mungkin lemah perlukan jentikan-jentikan semangat dari kita...

marilah bakar semangat itu kembali...mari kita check kembali adakah ia himmah atau hamasah yang sementara?


bakarlah semangatmu sendiri lalu bakarkan sumbu pelita yang hampir terpadam dalam diri sahabat-sahabat kita.

seperti mana Tariq Ziyyad, Muhammad al-fateh, salahuddin al-ayubi..pemimpin-pemimpin hebat yang berjaya mengobarkan semangat-semangat tentera-tentera Islam dengan kecintaan terhadap Allah dan jihad untuk melihat Islam ini terus subur.


berusaha semua!... jom baiki hubungan dengan Allah