Thursday, April 5, 2012

pengembaraan mencari cinta

perjalanan yang masih panjang.... namun kadang-kadang ia terlalu meletihkan. ada kalanya hampir berputus asa...

nah, malunya bila memikirkan tidak layak rasanya "merasa letih" sedangkan sebenarnya tiada apa pun yang betul-betul telah dikerjakan.

mungkin mujahadah kita terlalu kecil.... maka motivasikan lah diri untuk perkara yang lebih besar lagi walaupun perkara yang kecil itu pun "semput" untuk diharungi.

kan thumuhat perlu besar?... itu yang rasulullah didik para sahabat ...

cita-cita seorang daie itu menjangkaui usianya......... dia berkeinginan kepada perkara yang besar yang mungkin dengan seumur usianya itu pun masih tidak dapat mengecapinya walaupun separuh.

kita mahukan U.A ini yang kita idam-idamkan terlaksana......kita mahu jadikan ia satu-satunya matlamat kerana dengan hanya itu segala fitnah terhdap agama ini dapat dibersihkan.

perjalanan yang masih panjang ini.....kadang-kadang membuatkan dada kita sesak dengan segala permasalahan. kadang-kadang ukhuwah menjadi ujian...... perasaan menjadi mujahadah terbesar kita saat ini.....

mungkin di tahap yang teruk kita merasakan mahu melepaskan dakwah ini. kononnya orang kata dakwah n tarbiyyah itu perkara yang paling manis. Namun bila bekerja kerananya, nah kita merasakan ia adalah sepahit-pahit perjalanan... bergeser itu dan ini... kita mula sangsi akan kemuliaan dakwah ini...

maka apakah sebenar puncanya??? tanyalah iman di dalam dada... imanlah pengukur segala. Allah tidak mengubah sesuatu perkara sebelum kita membetulkan iman yang ada di dalam dada..

Selamat mengharungi perjalanan dengan penuh kesabaran...kerna tidak ramai yang mampu bertahan kerana tidak mampu bersabar dengan mehnah yang berhambur di perjalanan.

to: nom nom with lovefillah

No comments:

Post a Comment