Kami melekatkan setem hasil bernilai RM10 di atas 3 salinan perjanjian.... Rasanya 4 tahun sudah kami buat perkara yang sama, sewaktu ingin melanjutkan pelajaran ke oversea dulu.
"hidup kita ni penuh dengan perjanjian..." ...dari dulu sampai sekarang perjanjian demi perjanjian kita tandatangani.
sekarang entah berapa agaknya total "hutang" kita... kalau dilihatkan jumlah agak gurun la jugak tapi alhamdulillah since kena berkhidmat kepada "pemiutang" maka boleh dikatakan "hutang" itu langsai lah....
tapi tu hutang dan perjanjian kita dengan manusia......
macam mana dengan perjanjian kita yang lebih besar lagi...
PERJANJIAN DENGAN ALLAH!
ingat tak nie???? perjanjian kita dengan Allah di alam ruh.
perjanjian bahawa kita akan tunduk kepada-Nya
perjanjian bahawa kita akan menjadi saksi kepada kebenaran...
perjanjian bahawa kita akan menggalas amanah yang ada dipundak kita saat kita mengucapkan syahadah...
apa agaknya kita nak jawab bila Allah menuntut kembali perjanjian tu di akhirat nanti.... :(
No comments:
Post a Comment