Namun untuk satu hakikat yang besar itu bukan mudah untuk melaksanakannya dan kerna hakikat inilah ramai yang menolak keindahan Islam lantaran sombongnya jiwa manusia yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan Allah.
itu adalah perkara yang tidak sangat peliknya kepada orang kafir yang menolak Allah sebagai Ilah, tetapi yang pelik dan ajaibnya adalah kepada muslim yang kononnya mengatakan dan melabelkan mereka sebagai muslim namun memilih-milih dalam melaksanakan ketundukkan itu.
walaupun selalunya kita merasai bahawa kita "sudah cukup baik Islamnya" tetapi realiti kehidupan kita selalunya tidak melambangkan ciri-ciri ketundukkan yang dikehendaki sebagai muslim.
memang sangat payah......maka akan datangnya mujahadah.
Moga Allah tetapkan "muslimku" ..."muslim-mu"selalu......
No comments:
Post a Comment