Tuesday, June 7, 2011

eat me alive!

pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini, subhanallah terlalu rindu dengan susana tarbiyyah di kuala lumpur.

kosong.....

hanya kami berdua, yang lain masih belum pulang dari tempat kerja masing-masing. tak lama selepas itu kak shidah n adik a (tak ingat namanye..:( pun sampai.

aku sibuk melayan notebook yang baru dibeli. Alhamdulillah moga notebook ini dapat mmbantu dakwahku dengan lebih efficient lagi. hopefully...

kak shidah dan adik a sibuk memasak untuk makan malam, tom yam!.. everyone's favourite!! kami duduk makan bersama. Satu perasaan sayu menerpa... dah lama tak makan dalam talam bersama akhawat..

wawa dan adik a berborak pasal daurah mereka yang lalu. katanya masa tu mereka dapat makanan best-best, tak pernah-pernah special macam tu. Yelah asal program je mesti la tom yam kan, sup sayur or sup ayam... tu je yang paling cepat n mudah n murah!

"kenapa ye masa tu kita makan best-best sangat? ikan bakar lah, satay lagi.." tanya adik a

"oo..tu la yang dinamakan retreat" balas wawa..

"retreat????"

yela... sekali-sekala mestilah nak retreat akhawat atas usaha dakwah mereka.."

"tapi saya rasa tak buat apa-apa je.." sambung adik a lagi.


dalam hati aku mula yang rasa malu. sebab aku ni lagi lah tak buat apa-apa langsung!!!!! tahu jelah dengan sikap aku yang suka bermewah-mewahan dalam bab makanan. dalam banyak-banyak perkara, nafsu makan ni lah yang paling susah nak control.

kalau nak diikutkan aku lah manusia paling tak layak sekali... asyik-asyik keluar nak makan pizza la... secret recipe la... kfc la.... fullhouse la...

teringat Nabi s.a.w... yang hanya makan roti kosong bersama sahabat-sahabat untuk mengisi perut mereka. lalu datang lebah memberi madu lantaran melihat nabi yang hanya menyuap roti kosong semata.

nah, rasulullah itu...kerja dakwahnya tak pernah henti......baginda mampu mendapatkan menu yang jauh lebih istimewa kalau baginda mahu.

malunya!!! orang tak mampu memberi apa-apa kepada deen Allah tapi makannya sentiasa mahu yang sedap-sedap aje...


No comments:

Post a Comment