aku ini tiada apa dalam dakwah
jauh.... jauh sekali seperti Khadijah, wanita kesayangan Nabi sehingga Allah menjanjikannya mahligai indah di syurga negeri abadi
atau
seperti Aisyah wanita hebat yang tinggi nilai ilmu dan peribadi
indahnya bila Allah-lah yang mensucikan maruah dirinya sendiri
malah itu mungkin hanya mimpi di siang hari menjadi Fatimah di hati Nabi
yang bila menatap wajahnya hilang semua kepenatan, kepayahan dan kegusaran sanubari
namun aku mahu impikan bahawa wanita hebat ini akan sentiasa ada dalam haluan diri.
No comments:
Post a Comment