Thursday, December 16, 2010

kisah sebuah perjuangan

buku putih itu ku tatap.... perkataan-perkataannya ku baca..lalu ku hayati makna yang cuba dilahirkan.

asal sahaja kisah perjuangan itu bermula, ada perasaan berbaur sedih mula mendatang.

dalam hati aku berbisik " Ya Allah kalau Nabi ku yang mulia itu melihat aku ini...tentu sahaja dia bersedih..kecewa melihat sikap aku ini"

segala kesenangan, kerehatan dan ketenangan telah Nabi s.a.w tinggalkan...yang ada hanya berjaga malam yang berterusan dan perjuangan panjang lagi membebankan yang setiap hari menanti. dan semenjak seruan Ilahi itu memerintahkan... nabi lalu terus bangun untuk selama 23 tahun tanpa henti tanpa rehat tanpa lelah walau apa pun yang meresahkan untuk memastikan umat ini mampu terus bernafas dalam dakwah dan tarbiyyah Ilahi


lemahnya iman bila nafsu dan jahiliyyah itu tak mampu kita tempis dalam sedar.

No comments:

Post a Comment