Saturday, November 6, 2010

reminder utk diri agar terus tsabat...

masihku ingat lagi... di saat diri mula berkobar-kobar menyambut sebuah perjuangan.... walau mungkin perjuangan itu terlalu kecil untuk dibandingkan...

gerak langkah ini memang mahu di susun kencang... mahu terus berlari agar mampu seiringan sehingga tergamak membuat keputusan yang kadang-kadang agak terburu-buru... dalam hati ada satu pegangan yang aku pahat kuat-kuat.. "Ya Allah aku tak mahu jadi yang tertinggal sebab aku sebenarnya sudah jauh ketinggalan"...

aku tidak peduli apa yang bakal menimpaku...apa yang bakal menantiku di hadapan.. kerna aku yakin bahawa Dia akan aturkan...

perjalanan kita berbeza.....dan semuanya punya pahit manis yang mewarnai setiap dari kita...
dan kepahitan untuk merasai nikmat tarbiyyah ini takkan mampu ku tukar gantinya... kerna kepahitan itu memberikan kemanisan yang teramat dalam diri...


dan pelabuhan Devon itu pernah menjadi saksi bahawa aku pernah melafazkan ...

"saya mahu menjadi tangan-tangan yang menjulang Islam ini hingga ke puncaknya.. dan saya tidak mahu patah balik ke belakang..dan apa yang menguatkan saya adalah ayat Allah yang Allah kata kalau kita berpatah balik ke belakang maka syaitanlah yang akn menyambut kita".. (not exactly but lebih kuranglah apa yg saya pernah katakan) Autumn, 2009

maka ingatkanlah saya andai pernah nanti saya futur.. nauzubillah.. atau mungkin ketika saya "down"...hilang semangat atau pegangan... bahawa saya pernah melafazkan janji untuk memikul dakwah ini..dan tidak mahu pulang ke sejarah hidup silam yang hitam itu....

biiznillah...moga Allah terus memilih diri ini berada dalam saff-saff-Nya

y7Ï9ºxx.ur ã@Å_ÁxÿçR ÏM»tƒFy$# öNßg¯=yès9ur šcqãèÅ_ötƒ ÇÊÐÍÈ ã@ø?$#ur öNÎgøŠn=tæ r't6tR üÏ%©!$# çm»oYøs?#uä $oYÏF»tƒ#uä yn=|¡S$$sù $yg÷YÏB çmyèt7ø?r'sù ß`»sÜø¤±9$# tb%s3sù z`ÏB šúïÍr$tóø9$# ÇÊÐÎÈ


174. dan Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata Segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

175. dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

No comments:

Post a Comment