Friday, November 5, 2010

cool mei...?

buku itu ku pandang...sedang memikirkan apakah agaknya yg begitu menenangkanku. Pelik.! memanglah selama ini aku cool jika nak exam.. namun kali ini terlalu cool sehingga membuatku risau.

ku belek-belek helaian handbook yang masih banyak belum di revise.. dan sebenarnya banyak juga yang belum pernah dibaca...apa nak jadi ni...?

runsing...runsing dengan perasaan diri ini.. "Ya Allah adakah aku telah berbuat salah terhadap-Mu?" aku mula cuba menyemak perilaku diri.. mutabaah amal yang mungkin aku tidak menjaga (oh..tentu sekali terlalu banyak yang miss dengan alasan exam). Aku mula memuhasabah diri...
Ya Alah aku benar-benar tak risaukan exam ini... namun aku sangat risau andai keputusannya nanti menjadikan aku ini sebagai fitnah kepada apa yang cubaku bawa ini... ya, kerja yang mulia ini. Aku tak mahu ada sesiapa mencalarkannya dengan fitnah-fitnah yang bukan kehendaknya.

sebenarnya jauh dilubuk hati paper ini sangat menguji kesabaran.. entah mengapa aku ingin benar ia cepat berlalu kerana banyak kerja-kerja ku tergendala.

mungkin kelemahanku adalah mengimbangi priority... huh? mengimbangi priority? bukan priority la namanya... mungkin maksudnya adalah meletakkan priority pada tempatnya.

teringat kata-kataku terhadap seorang adik.. "andai ada dua perkara yang sama kita letakkan pada level yg sama, maka selamanyalah kita takkan mampu memprioritykan salah satu antara keduanya"

... jadi pilihlah... anda memang kena memilih yang mana satu priority anda

No comments:

Post a Comment