Monday, February 24, 2014

kedudukan

kedudukan seseorang dalam hati seseorang menggambarkan kepentingan orang berkenaan di dalam kehidupannya.

Apabila dia didahulukan dalam setiap perkara, bermaksud orang tersebut adalah insan yang paling penting dalam kehidupannya.

bagaimana pula sekiranya dia seringkali dikorbankan? apabila ada dua kepentingan yang berlaku pada waktu yang sama, pasti yang kurang penting akan ditolak  kebelakang.

peritnya perasaan. Apatah lagi andai kata dia adalah insan yang kita cintai, kita rindui... kita tertunggu-tunggu setiap saat...


apakah yang sedang Allah ajarkan pada kita?.

begitulah Allah pada kita... Tuhan yang sentiasa merindui, mecintai dan menunggu-nunggu kita setiap waktu agar kita kembali pada Nya. agar kita meletakkan Dia dikedudukan paling atas dalam setiap hal-hal kehidupan kita... barulah itu membuktikan betapa pentingnya Tuhan dalam hati kita.

dan bila mana  ada pertembungan dua kepentingan, pasti Allah jauh lebih penting dari semua makhluk yang ada, dari semua hal-hal dan keadaan.

mungkin itulah apa yang ingin Allah ajarkan pada kita.... agar kite tidak mencintai dan mendahulukan sesiapa pun melebihi Dia.

layakkah kita mendahulukan yang selain daripada Dia? sedangkan Dia lah Tuhan yang sentiasa bersama kita di saat kita sepi, disaat kita sedih, disaat kita butuh bahu-bahu untuk bersandar, disaat kita perlukan mata-mata untuk melihat wajah kita, di saat kita perlukan telinga untuk mendengar kisah-kisah kita....
Allah sentiasa ada untuk kita...... seiap waktu... setiap saat....


Moga Allah sentiasa ajarkan apa yang tidak kita ketahui dari kebodohan kita sendiri.




No comments:

Post a Comment