aku dibalut malah disalut dengan dosa
aku digembirakan dengan maksiat
aku dibelai dengan nafsu
sehingga aku lesu
penat.....
aku dipuja namun hakikatnya aku dihina
aku ditinggikan namun hakikatnya aku diperhambakan
aku bahagia namun hakikatnya aku merana
aku termenung........
pada bintang-bintang
mungkin hanya padanya aku mampu mencari ketenangan
aku tahu adanya Dia....
namun seakan panggilan dan rintihanku kaku
adakah Dia mendengar? adakah Dia sudi memandangku? Adakah Dia mahu menunjukkan aku
lama aku mencari.....
lalu pada detik itu aku temui...
sungguh Dia mahu menduga kesabaranku... keyakinanku...
No comments:
Post a Comment