Tuesday, March 1, 2011

don't let the rainbows end....

lemah tak bermaya
resah mencengkam jiwa
hati tak mampu ketawa.....

beginikah lagaknya
kehidupan yang menikam rasa...
sukarnya perhentian
tak pernah diduga

O..Tuhan tak terdaya semuanya
Hanya dalam tahajud aku celikkan mata
biar hati itu bernyawa..biar ia kuat menghadapinya

namun kadang aku tewas...kadang merungut takdir setia
siapa aku mahu membungkam rasa
sedangkan Dia penentu segala

aku lemas rimas kadang-kadang mahu biar ia tewas
aku buntu sepi dan sendiri....
tiada arah tanpa panduan dari-Nya

aku tak gentar sendirian...namun aku tak mampu sendiri tanpa-Nya
kerana Dia-lah aku gagahkan diri
kerna hanya untuk-Nya aku buktikan cinta hakiki...



No comments:

Post a Comment