dalam hati cuba bersabar dengan sikap mereka yang tak mahukan cabaran sedangkan jalan ini sah-sah jalan yang penuh cabaran dan menguji ketahanan fizikal, mental dan keimanan.
pada ketika ini saya benar-benar merasa bahawa sayalah daie yang manja itu. saya bukan lahir dalam keluarga yang mewah atau senang tapi alhamdulillah saya dibesarkan dalam keadaan yang serba cukup dan sejak dulu lagi saya memang tak boleh kalau tak cukup. jika pen kesayangan saya tak ada atau hilang maka saya takkan menulis sehinggalah pen itu dpt saya cari kembali atau saya beli yang baru...itu contoh yang kecil dalam kehidupan. secara kesimpulannya saya memang lah [lemas] dalam keadaan serba kekurangan. saya akan usaha dapatkan apa sahaja yang saya perlukan sehingga ia dikatakan "lengkap"
dan alhamdulillah kali ini Allah campakkan kembali ke suatu tempat yang saya kira sangat jauh dari keselesaan hari ini. saya mula bimbang...adakah keadaan yang serba kekurangan itu nanti akan "menjatuhkan" saya..saya seperti orang yang menggagau dalam kegelapan.
kebimbangan itu sehingga.....seakan memusnahkan tawakal kepada-Nya. hati mula jadi tak menentu..
di ketika itu saya mendengarkan tadabbur surah al-hadid yang saya kira benar-benar menghentam jiwa yang macam goyah dengan kebergantungan terhadap Ilahi.. ayat pertama itu pun sudah cukup menginsafi diri...
semua yang di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya... wah...ayat ini sahaja dah membuatkan saya terdiam dan terpaku. seperti Allah berkata..Alam ini hidup..mereka tidak mati..mereka sentiasa bertasbih kepada-Ku. Nah... jangan kita merasa ghurbah tatkala mungkin diri kita berkeseorangan..sebab Allah bersama kita....alam bersama kita!....
wahuwa ma'akum ainama kuntum."Dan Dia (Allah) bersama kamu dimana sahaja kamu berada"
Ya Allah sangat malunya aku dengan-Mu....
No comments:
Post a Comment