Wednesday, February 2, 2011

47:7

wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "
satu sunnatullah yang Allah telah tetapkan untuk umat Muhammad...boleh dikatakan macam satu "deal" antara Allah dan kita adalah sekiranya kita ini menolong agama Allah nescaya Allah akan membalasnya dengan 2 perkara:

  1. pertolongan Allah
  2. Allah meneguhkan kedudukan kita
hmmm.... Allah selalu macam nie...memang macam nie... Dia minta kita buat satu benda je..tapi ganjarannya selalu berlebih-lebihan... Subhanallah..betapa Allah Maha Pemurah. :)


sebenarnya surah ini diturunkan di Madinah..akhir-akhir zaman madinah. Namun surah ini adalah satu peringatan tentang kehidupan umat Islam semasa di zaman Makkah. in other words, Allah reminds them back about what they had been through in the time of Mecca. Penyiksaan, penindasan dan kepayahan hidup as Muslims.

pada zaman makkah, ada antara sahabat-sahabat seakan tidak nampak macam mana Allah boleh tolong mereka....bayangkan sahabat2 yang hebat-hebat itu kerana tidak tahan dengan penindasan dan penghinaan terhadap Islam sebab memang teruk apa yang mereka alami...macam kisah Khabab bin Arath yang disiksa di atas bara api sehingga air yang keluar dari tubuhnya mampu memadamkan kepanasan bara itu. Khabab lalu datang berjumpa Rasulullah mengadukan hal penyisaan Quraisy terhadapnya. Namun Rasulullah memarahi or menegur Khabab keran ketidaksabarannya menghadapi ujian sedangkan umat Islam Nabi-nabi dahulu ada yang disiksa dengan lebih dasyat lagi...badan mereka disikat dengan sikat besi dan lain-lain penyiksaan yang dasyat yang saya dah lupa... (boleh rujuk kisah Khabab nanti eik)


maka disebakan kesabaran dan pertolongan yang telah mereka berikan kepada agama ini maka Allah memberikan mereka kemenangan dan kemenangan...serta mengukuhkan kedudukan mereka di Madinah.

the same rule apply to us...kalau kita tolong agama Allah maka...Allah akan beri 2 perkara tersebut juga.... dan pattern yang penting kat sini adalah kita mesti kena lalui kesusahan dan kepayahan (=ujian) sehingga melayakkan kita diberi kemenangan dari Allah...

Allahu 'alam.




No comments:

Post a Comment