Friday, November 12, 2010

tiada lagi kisah memencilkan diri... melarikan diri..menyorokkan diri

Siapa yang telah sempuna mengenal Allah ia akan menjadi petunjuk manusia kepada-Nya. Dia menjadi jala untuk menangkap manusia dari lautan dunia. Dia diberi kekuatan hingga mampu mengalahkan iblis dan tenteranya.. Dia merampas manusia dari genggaman syaitan-syaitan itu.

Langkah bermula... everyone's favourite

Abdullah bin Al-Mubarak pernah menujukan kata-kata yang sangat menusuk kepada al-Fudhail bin Iyadh

wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami, nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu. Orang yang membasahi lehernya dengan air mata, sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah. Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia, sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan.
kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan. telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta, "Tidak bertemu debu kuda pada hidung seseorang dengan asap neraka yg menyala" Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, "orang yang mati syahid itu tidak mati" ini bukan satu dusta

No comments:

Post a Comment