Monday, November 8, 2010

tautan hati...

Assalamualaikum w.b.t

saya tidak tahu yang lain namun dari pemerhatian saya kita ini sangat kurang tautan hati... benar kita berukhuwah, benar kita merasai manisnya ukhuwah sejak mengenali tarbiyyah... namun saya rasa kita masih lagi kurang tautan hati..tautan yang akan lebih mehangatkan ukhuwah ini.

kadang-kadang kita masih tidak telus...kadang-kadang kita agak keras dalam situasi-situasi yang mungkin tidak perlukan "kekerasan" (bukan bermaksud kekasaran). mungkin juga kita ini masih kedekut dengan kasih-sayang....

saya melihat satu figure yang sangat kita agungkan iaitu baginda Rasulullah s.a.w. bagaimana cara baginda mentarbiyyah sahabat-sahabat dengan penuh kasih sayang...penuh hikmah. Dan sentuhan tarbiyyah nabi ini membuatkan seorang sahabat merasakan dia lebih dikasihi Rasulullah berbanding sahabat-sahabat yang lain sedangkan sahabat yang lain merasakan perkara yang sama.

wah... baginda sungguh hebat.. kaya dengan cinta dan kasih-sayang.. sehingga sahabat-sahabat ini akan saling mencemburui andai ada yang lebih dikasihi oleh Rasulullah berbanding mereka.

dan ditambah dengan sifat Rasulullah yang sangat sensitif, sangat peka terhadap setiap sahabat-sahabatnya. walaupun mungkin seorang sahabat itu tidak menonjol di kalangan sahabat-sahabat yang lain, namun baginda tak pernah lupa dalam setiap majlis bahawa ada atau tiadanya sahabat tersebut pada waktu itu..

melihatkan apa sahaja keadaan yang menimpa, pasti sahaja Rasulullah ketahui benar walau mungkin mereka tidak berkata-kata... lapar, sedih, gusar, risau, takut, berani, apa sahaja perasaan dari raut wajah itu Rasulullah tahu apa yang mereka rasakan.

mari kita refleksi diri adakah ukhuwah kita mampu membuatkan kita merasai setiap apa yang sahabat2 kita rasai....

bayangkan sahabt-sahabat bukan hanya ada 10 orang bahkan lebih dari itu dan Nabi sebagai murobbi yang sangat hebat tidak pernah membuatkan sesiapa pun berasa ketinggalan dalam pandangannya.


memang benar akan ada yang lebih dikasihi...seperti kasihnya Rasulullah kepada Abu Bakar pastinya tidak sama seperti mana Rasulullah mengasihi yang lainnya. Namun bagaimana Rasulullah membuatkan setiap sahabat rasa disayangi itu adalah skill murobbi yang terhebat!.

memang benar kita bukan Rasulullah...namun itulah template kita yang harus kita berusaha contohi

Ya Allah dikala ini terasa sangat-sangat ingin bertemu Rasulullah s.a.w...

hmm masih jauh dalam menjadi murobbi... masih banyak ego harus dikikis... masih kurang kasih sayang yang mampu diberi...

dan pada saya tautan hati itulah yang mengikat kita dan sahabat-sahabat untuk terus saling memperkuatkan di jalan yang sangat mencabar ini.. namun bagaimana ini bisa andai ukhuwah itu sentiasa pudar tak siapa endah untuk warnakan.




No comments:

Post a Comment