Thursday, November 4, 2010

iman neraca pengorbanan

memang benarlah bahawa iman itu adalah neraca kepada pengorbanan... kalau dilihat dalam D&T ada orang mampu berkorban lebih..ada orang berkira-kira andai terpaksa buat lebih, ada orang buat sikit tapi diwar-war lebih-lebih... oh..itu semua tidaklah penting.

yang paling penting adalah menilai pengorbana diri sendiri.. adakah D&T akan cuti andai kata ada exam, test, assignments dll.... (melihat kpd priority anda pd waktu itu)

kalau dilihatkan dalam sejarah awal D&T siapa yang berkorban lebih itulah yang paling dicemburui seperti mana cemburunya Umar Al-Khattab kepada Abu Bakar. dalam semua perkara Abu Bakarlah yang mendahuluinya...malah kerana ketinggian iman Abu Bakar beliau sanggup menginfaqkan seluruh hartanya ketika hijrah ke madinah.

lihat sahaja kisah Khadijah yang sentiasa dicemburui saidatina Aisyah r.a. Nama Khadijah tak pernah lekang dalam sebutan nabi s.a.w.. pengorbanan wanita pertama itu sentiasa disebut-sebut dan dipuji-puji...

hmmm....fastabiqul khairat!... menilai iman andai masih berkira untuk berkorban..

wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment