Saturday, July 10, 2010

sabar apakah itu

  • setiap kali bila menghadapi kesukaran mentarbiyyah adik-adik ini saya akan ingat "Allah ingin ajarkan aku erti kesabaran... sabar! sabar...dan sabarlah wahai diri ....

  • Subhanallah kalau tidak kerana dakwah dan tarbiyyah ini mampukah saya mendidik diri menjadi manusia yang sabar... saya tak yakin saya mampu. seperti ibu yang sabar melayan kerenah anak-anaknya begitulah kadang-kadang saya rasakan... dan mungkin begitulah perasaan murobbiyyah saya agaknya (maaf buk dgn kerenah anakmu yang satu ini).

  • kadang-kadang saya merasakan capek dengan semua ini.....seperti ingin berkata "aku muda lagi.....muda remaja hehe...tapi kena fikir and melayan adik-adik ini seperti mak-mak pulak"

  • Namun ketahuilah walaupun sesukar mana..sepenat mana pun kita itu semua terubat bila melihat senyuman gembira anak-anak ini...... ya Allah saya memang dah jadi macam mak2 gamaknya. dan yang paling mengharukan apabila adik-adik ini mahu berusaha bermujahadah melakukan dakwah dan tarbiyyah ini... tiada apa yang kita harapkan melainkan orang yang kita kasihi kerana Allah menikmati nikmat iman dan Islam ini seperti mana kita rasai...

  • betullah kata ustaz siapa yang tak mampu jadi murobbi/murobbiyah tak layak kahwin.... tapi bukan bermaksud kita jadi murobbi/murobbiyah krn nak kahwin.... heh.

wallahu 'alam... moga Allah menghadiahkan hati-hati yang bekerja di jalan-Nya dengan sobran jameela.



No comments:

Post a Comment