rindunya aku....namun sekarang mengapa aku tidak merasakan manisnya perjalanan ini seperti mana manisnya sewaktu mula melangkah dulu.....
ia manis kerana kepayahannya yang berbaloi untuk diterokai...... dan aku kira semua turut merasa kemanisan yang sama walau berbeza caranya...
pertama kali hidup dalam merasai cinta-Nya yang selama ini terselindung.... dan aku kira juga ramai yang tak mampu menanggungnya sehingga kalau boleh ingin dikhabarkan kepada semua betapa indahnya perasaan ini....sehingga ia membuah sebuah perubahan yang aku sendiri tidak pernah jangkakan.... subhanallah besarnya sentuhan kasih-Nya
perasaan yang tak mungkin sesiapa pun dapat menggambarkannya...ya hanya yang merasa mampu mengerti......
maka kerana pertama kali itu....aku akan berusaha untuk buatmu menyambut tangan ini untuk turut sama melangkah.....
No comments:
Post a Comment