
Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim..
Bila mendengarkan ayat itu hati ini menjadi semakin cemburu. Ya aku memang cemburu..namun cemburuku kepada yang selayaknya untuk dicemburui. Jelas ayat itu menyapa telingaku..terngiang-ngiang sehingga ke sudahnya.
"Abu Bakar, Khadijah, Ali b. Abi Talib, Uthman b Affan....Asma' Abu Bakar... dan mereka-mereka golongan awal yang menyambut hidayah Tuhannya sebagai al-muhtada dari Nabi s.a.w sebagai al-huda...ganjaran mereka tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini kerana merekalah asas penerimaan Islam kepada semua kaum muslimin sehingga hari ini.
Nabi s.a.w pada malam sebelum perang khaibar bermula baginda bersabda di depan para sahabat.. "akan ku serahkan panji ini pada esok hari kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan Allah serta rasul-Nya pun mencintainya"
Sahabat-sahabat tertanya-tanya siapakah agaknya gerangan orang yang bertuah itu..dalam hati mereka berharap bahawa merekalah orang yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu.
seperti yang dijanjikan keesokkan harinya sahabat-sahabat berkumpul bersama Rasulullah s.a.w sambil menunggu kepada siapa agaknya Rasulullah akan memberikan panji khaibar itu. Masakan tidak mereka berdebar-debar..kerana bakal pemegang panji itu adalah orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya.
tiba-tiba Rasullah bertanya "Dimana Ali?"..sahabat-sahabat memberitahukan perihal Ali bahawa beliau sakit mata. lantas rasulullah mengarahkan agar Ali dibawa berjumpa baginda lalu Rasulullah pun meludah ke dalam kedua-dua mata Ali sambil berdoa. Dengan izin Allah mata Ali sembuh seperti sedia kala.
kemudian Rasulullah pun menyerahkan panji tersebut kepada Ali. Maka ketahuilah para sahabat bahawa Ali lah sahabat yang istimewa itu.
sebaik sahaja panji itu dalam genggamannya Ali berkata "wahai Rasulullah akan ku perangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita semua"
Baginda bersabda "jangan terburu-buru, sehingga kita turun ke tempat mereka, serulah mereka kepada Islam dan beritahukan mereka segala sesuatu yang menjadi kewajipan kepada mereka. Demi Allah sekiranya dengan engkau Allah memberi hidayah kepada seseorang maka itu lebih baik dari sekumpulan unta-unta merah"
setiap kali seseorang itu masuk Islam atau menerima hidayah dari Allah maka orang itu membuka suatu lembaran baru bagi dakwah..seperti mana kisah Umar dan Hamzah. Dengan keislaman dua sahabat ini dakwah nabi mula secara terang-terangan.
maka sebarkanlah hidayah-Nya....jika Allah memberi hidayah kepada seseorang itu dengan usaha tanganmu maka itu lebih baik dari unta berwarna merah atau dunia mahupun seluruh isinya.
Jom berusaha!
No comments:
Post a Comment