Thursday, July 8, 2010

kepada kita menyeru

  • kita memang perlu mentarbiyyah untuk ditarbiyyah..memang banyak perkara yang akan dipelajari ktk membawa mad'u. kalau dulu sangat risaukan ketidak cukupan bekalan untuk mentarbiyyah orang lain namun kini pandangan itu dah mula berubah. apa pun bekalan sedikit atau banyak kita harus bergerak dulu....kerna tanpa melakukannya kita tidak tahu bekal apa yang patut kita bawa dan tambah pada perjalanan seterusnya.

  • memang susah....siapa kata mudah. niat-niat sering kali perlu diperbetulkan takut-takut ke arah lain mad'u itu kita menyeru. sangat mudah untuk tergelincir dan "syok sendiri" sehinggakan kita tamak mengumpul mad'u kepada kita bukan kepada tarbiyyah, bukan kepada dakwah...

  • sedarlah mad'u-mad'u kita itu bukan milik kita...bukan. tapi ia milik Islam... siapa sahaja boleh menyentuhnya, membentuknya mencorakkannya. kadang-kadang bukan asbab kita tapi insan-insan yang lain datang menitipkan keprihatinan dan kasihnya. dan kita takkan mampu buat semua dalam kudrat yang terbatas ini.

  • siapa sahaja yang mahu asalkan demi kemantapan tarbiyyah mereka...maka di situlah harus dilapangkan laluan..

  • antara ciri-ciri daie yang ditekankan oleh syeikh Musthafa Mahsyur dalam Fiqh dakwah ialah daie yang melaksanakan dakwah, menyeru manusia ke jalan Allah tanpa dipengaruhi oleh hasil yang diperolehinya. Dia takkan mudah terpedaya dengan kemenangan atau kejayaan yang Allah berikan kepada dakwahnya dan dia juga takkan pernah berputus asa apabila manusia tak perhatikan dakwahnya....


No comments:

Post a Comment